Affan Fauzi
Orang Ramai Serbu Kaunter Bayaran Saman JPJ dan PDRM #AspirasiKeluargaMalaysia
Orang ramai beratur panjang untuk membayar saman polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Foto AFFAN FAUZI, 09 DISEMBER 2021.
PDRM Tumpaskan Aktiviti Penyeludupan dan Pengedaran Dadah Syabu
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain menunjukkan barang rampasan selepas sidang media mengenai kejayaan merampas 285.47 kg dadah syabu yang dianggarkan bernilai RM 10.271 juta sekitar Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 08 DISEMBER 2021.
Honda Lancar Model City Hatchback
Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Sarly Adli Sarkum dan Pengarah Urusan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Sdn. Bhd, Ms. Madoka Chujo (kanan) menyempurnakan gimik pelancaran pada Pelancaran Model Hatchback City di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 DISEMBER 2021.
Rosmah Mansor Hadir Prosiding Rayuan Kes Projek Solar
Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor hadir ke mahkamah bagi rayuan kes rasuah projek solar hibrid RM1.25 bilion di Mahkamah Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 06 DISEMBER 2021.
Penduduk Kampung Sungai Baru Bantah Pindah dan Pampasan Rendah
Kain rentang luahan sebahagian penduduk berkumpul untuk menyatakan rasa tidak puas selepas mereka diminta berpindah dan diberikan nilai pampasan yang rendah membabitkan kawasan flat dan rumah teres di Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 04 DISEMBER 2021.
Malam Kasih OKU Keluarga Malaysia
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun beramah mesra dengan kanak-kanak golongan orang kelainan upaya (oku) yang hadir pada Program Malam Kasih OKU Keluarga Malaysia Sempena Sambutan Hari OKU Sedunia Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 DISEMBER 2021.
Buku Tun Siti Hasmah ‘Speaking of Mass Destruction…A Journey to Iraq’
Isteri bekas Perdana Menteri, Tun Siti Hasmah Mohamad Ali membaca buku Speaking of Mass Destruction...A Journey to Iraq di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 03 DISEMBER 2021.
Perdana Menteri Hadir Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Keluarga Malaysia...
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar meluangkan masa melawat tapak gerai jualan pada Majlis Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Keluarga Malaysia 2021 & Pelancaran Program Transformasi Pasar Malam KPKT di Tapak Pasar Malam Presint 2, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 03 DISEMBER 2021.
Ismail Sabri Rasmi Kompleks Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengadakan lawatan ke bilik kawalan selepas Majlis Perasmian Kompleks Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur di Sepang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 01 DISEMBER 2021.
Piala Malaysia Istimewa Buat Shukor Adan #SelamatTinggalLagenda
Pemain KL City FC, Shukor Adan mamakai pingat ketika dijulang sebagai juara selepas menewaskan pasukan JDT yang berkesudahan 2-0 pada Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 30 NOVEMBER 2021.

















