Tuesday, August 25, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

KL City Walk Kini Sunyi #DailyLife

Suasana sekitar kawasan KL City Walk yang kebiasaannya menjadi tarikan orang ramai untuk menjamu selera kini lengang kerana kebanyakan premis ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu bagi membendung penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 05 NOVEMBER 2021.

Kuala Lumpur Hujan #DailyLife

Orang ramai meredah hujan berikutan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan negara akan mengalami ribut petir dan hujan lebat yang lebih kerap pada petang dan awal malam susulan fasa peralihan monsun ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 05 NOVEMBER 2021.

Gabungan Pertunjukan Fesyen KLFW 2021

Model memperagakan pakaian sempena pertunjukan fesyen Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2021 ketika tinjauan Malaysia Gazette di Pavillion, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 03 NOVEMBER 2021.

Memorandum Bantah Hukuman Mati Warganegara Malaysia, K. Nagaethran

Individu memegang poster bantahan berkumpul di pintu masuk bangunan Parlimen bagi menyerahkan memorandum mengenai pelaksanaan hukuman mati Nagaethran a/l K Dharmalingam di Singapura. Foto AFFAN FAUZI, 03 NOVEMBER 2021.

JSJK Bukit Aman Berjaya Tumpaskan Sindiket Penipuan Tawaran Kerja

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din menunjukkan telefon pintar yang dirampas selepas sidang media mengenai kejayaan tangkapan sindiket penipuan tawaran kerja dalam talian di Menara KPJ, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 01 NOVEMBER 2021.

Murid Ceria ke Sekolah Belajar Secara Bersemuka

Murid-murid hadir ke sekolah bagi sesi persekolahan secara bersemuka mengikut prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh pelaksanaan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 01 NOVEMBER 2021

Alexander Umum Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2021

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi bersama timbalannya, Datuk Rosol Wahid (kiri) menunjukkan harga barangan basah selepas sidang media mengenai Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2021 di Menara Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 27 OKTOBER 2021.

Dos Penggalak Untuk ‘Frontliners’ KPJ Tawakkal

Kakitangan KPJ Tawakkal menerima suntikan dos penggalak secara sukarela dan percuma menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital KPJ Tawakkal, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 25 OKTOBER 2021.

Riang Ria Waktu Malam di Bandar Melaka #Fasa4

Pengunjung tidak melepaskan peluang menaiki beca dengan menikmati keindahan malam di sekitar Bandar Hilir dalam tempoh pelaksanaan Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Melaka. Foto AFFAN FAUZI, 23 OKTOBER 2021.

Polis KL Tumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah Warga Tempatan

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yong Lei Choo menunjukkan bungkusan dadah dan rampasan wang tunai dengan jumlah keseluruhan RM1.23 juta dalam empat serbuan yang dijalankan di Selangor pada Selasa lalu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 22 OKTOBER 2021.