Saturday, April 27, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

Sidang Media Kastam Rampas Minuman Keras dan Titanium

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan) Malaysia, Datuk Abdul Wahabi Abdullah (tengah) menunjukkan minuman keras tanpa cukai bernilai lebih RM21 juta yang berjaya dirampas oleh anggota Kastam di Wisma Kastam Pulau Indah, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 13 NOVEMBER 2021.

Mahdzir Khalid Ramah Mesra Bersama Pengamal Media

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid beramah mesra dengan pengamal media pada Majlis Sembang Santai Media di Premiera Hotel, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 11 NOVEMBER 2021.

Jurutera Didenda RM40,000 Palsu Tandatangan Pembinaan Banglo

Seorang jurutera syarikat perrunding pembinaan, Toh Hwee Sheng, 46, diringi anggota SPRM dibawa ke mahkamah untuk didakwa bersabit kesalahan memalsukan tandatangan dokumen bagi cadangan pembinaan di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 11 NOVEMBER 2021.

Ronald Kiandee Hadir Pra Pelancaran Smart Card Keluarga Peladang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee menyerahkan kad pintar PELADANG-i kepada penerima pada Pra Pelancaran 'Smart Card' Keluarga Peladang (PELADANG-i) sempena Count Down Hari Peladang, Penternak & Nelayan Kebangsaan 2021 (HPPNK 2021) di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 10 NOVEMBER 2021.

Najib Razak Hadir Perbicaraan Kes 1MDB

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir bagi sambung perbicaraan berhubung kes pengubahan wang haram membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 10 NOVEMBER 2021.

Annuar Musa Serah Bantuan Deepavali Rumah Prihatin

Menteri Komunikasi dan Multimedia merangkap Pengasas Rumah Pihatin, Tan Sri Annuar Musa menyampaikan bantuan kepada penerima pada Majlis Penyampaian Bantuan Deepavali Rumah Prihatin di Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 09 NOVEMBER 2021.

Ronald Kiandee Saksi Menandatangani MoU Program Smart Sawah Berskala Besar

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee bersama timbalannya, Datuk Seri Ahmad Hamzah (dua kiri) dan Ketua Setiausaha MAFI, Datuk Haslina Abdul Hamid (kanan) melihat buku Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (Mou) Program Smart SBB antara kerajaan dan 7 Syarikat Peneraju Sesi 2/2021 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 09 NOVEMBER 2021.

Azmin Hadir Jamuan Teh Bersama Persatuan Peniaga dan Penduduk Taman Melawati

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali beramah mesra dengan peniaga, Kamalol Adzmi (kiri) selepas Majlis Jamuan Teh bersama Persatuan Peniaga dan Penduduk Taman Melawati di Medan Selera Taman Melawati, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 07 NOVEMBER 2021.

Perdana Menteri Lancar Sambutan Bulan Keluarga Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun beramah mesra bersama sebuah keluarga yang sedang berkelah selepas melancarkan sambutan Bulan Keluarga Malaysia di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 07 NOVEMBER 2021.

Piala Malaysia : PJ City Ditewaskan JDT 1 – 2

Pemain Johor DT, Safawi Rasid diasak keras pemain PJ City, Youwarasan Maniom (kiri) pada perlawanan TM Piala Malaysia 2021 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 06 NOVEMBER 2021.