Affan Fauzi
Suasana Norma Baharu Sempena Pembukaan Semula Pawagam #PKPB
Orang ramai menonton filem dalam situasi norma baharu dengan mematuhi SOP pada hari pertama dibuka semula berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 05 MAC 2021.
Zahid Hamidi Senyum Hadir Perbicaraan Kes di Mahkamah
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selepas menghadiri perbicaraan kes berhubung pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan Yayasan Akalbudi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 05 MAC 2021.
Zoo Negara ‘Tawar’ Ikan Rohu, Toman Buat Kaki Pancing
Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly @ Rahmat Ahmat Lana melepaskan sebahagian ikan sebagai gimik pelancaran Program Jom Memancing di Zoo Negara, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 03 MAC 2021.
Giliran Petugas Barisan Hadapan UiTM Disuntik Vaksin #COVID19
Vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech yang akan digunakan kepada barisan hadapan UiTM sempena Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di UiTM Cawangan Selangor Kampus Sungai Buloh. Foto AFFAN FAUZI, 02 MAC 2021.
Air Mata Azmin Ali, Menteri Kabinet Pada Majlis Solat Hajat dan...
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali kelihatan sebak semasa baca surah yasin pada Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat sempena Setahun Pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional di Masjid Putra, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 28 FEBRUARI 2021.
Muhyiddin, Azmin Ali Hadir Solat Hajat Perdana Setahun Pentadbiran Kerajaan PN
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama barisan menteri kabinet menunaikan solat hajat pada Majlis Solat Hajat dan Doa Selamat sempena Setahun Pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional di Masjid Putra, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 28 FEBRUARI 2021.
Pembukaan Sekolah – Persediaan Bas ‘Kuning’
Pekerja premis mencuci kenderaan melakukan kerja-kerja membasuh bas sekolah sebagai persediaan untuk membawa murid sekolah berikutan pembukaan sesi persekolahan bermula esok ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Petaling Jaya, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 28 FEBRUARI 2021.
Gelagat Pemuzik Jalanan Ketika Musim PKP
Pemuzik jalanan, Ferry Rezeki Samsuri membuat persembahan di kedai makan selepas kerajaan membenarkan pemuzik jalanan atau buskers untuk menjalankan kegiatan mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 27 FEBRUARI 2021.
Vaksin Sinovac Selamat Disimpan di Kilang Farmaseutikal Pharmaniaga
Anggota Polis Diraja Malaysia dari pasukan Unit Tindakan Khas (UTK) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengawal keselamatan sebaik lori yang membawa bekalan vaksin Covid-19 buatan syarikat biofarmaseutikal dari China, Sinovac tiba di Kilang Farmaseutikal Pharmaniaga, Puchong, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 27 FEBRUARI 2021.
Pegawai dan Anggota PDRM Jalani Ujian Saringan #COVID19
Pegawai dan anggota polis melakukan ujian saringan bagi membendung wabak Covid-19 semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 25 FEBRUARI 2021.

















