Monday, August 24, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Affan Fauzi

Affan Fauzi

1667 Artikel 0 Komen

CSR Jakel Bersamamu Manfaat 300 Asnaf di Sekolah Kebangsaan Danau Kota...

Pengarah Pemasaran Jakel KL, Azlan Abu Bakar (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Guru Besar Sek Keb Danau Kota 2, Norma Abdullah (tengah) pada Program CSR Jakel Bersamamu 300 Asnaf di Sekolah Kebangsaan Danau Kota 2, Setapak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 25 FEBRUARI 2021.

Perlawanan Persahabatan UiTM FC vs Sri Pahang FC

Pemain UITM FC, Nana Poku cuba melepasi asakan beberapa pemain Sri Pahang FC pada perlawanan persahabatan Shah Alam City Cup 2021 di Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 23 FEBRUARI 2021.

Dua Hari Lagi! Persediaan Pelajar SPM

Pelajar SPM, Nursyifa Batrisya Mohd Khairul Azhar mengulang kaji pelajaran bagi persediaan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Gombak Sejahtera, Setapak, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 20 FEBRUARI 2021.

Kembali ke Sekolah – Persiapan Ibu Bapa dan Anak

Gelagat seorang murid menunggu ibu bapanya memilih beg sekolah semasa membuat persiapan untuk kembali ke sekolah yang akan dibuka mulai 1 Mac ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 20 FEBRUARI 2021.

Hans Isaac Ramah Mesra Dengan Komuniti Cina di Pasar Ampang

Penerbit dan pelakon, Datuk Hans Isaac menyampaikan buah limau kepada peniaga kaum Cina pada Program Ziarah Mesra Komuniti Cina Ampang di Pasar Ampang, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 20 FEBRUARI 2021.

PKP 2.0 – Penumpang Ikut Kapasiti Kenderaan Kini Dibenarkan

Anggota polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memeriksa kenderaan orang awam yang dinaiki mengikut had kapasiti penumpang sesebuah kenderaan selepas kerajaan membenarkan orang awam menaiki kenderaan tanpa had yang ditetapkan kepada 2 orang sebelum ini di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 19 FEBRUARI 2021.

Rina Harun Santuni Warga Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun beramah mesra dengan penghuni semasa mengadakan lawatan ziarah prihatin di Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 19 FEBRUARI 2021.

Penjual Mangga Digempur Polis Dalam Operasi Banteras Penjaja Jalanan

Anggota polis mengarahkan peniaga mangga berhenti menjual untuk diambil keterangan menerusi Operasi Banteras Penjaja Jalanan di Bandar Kirara, Selangor. Foto, AFFAN FAUZI, 17 FEBRUARI 2021.

Saiful Azly Kamaruddin Hadir Hari Bersama Pesara dan Bekas Polis Kuala...

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin beramah mesra dengan pesara polis pada Majlis Hari Bersama Persara Polis, Bekas Polis dan Petugas Kontinjen KL di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 17 FEBRUARI 2021.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Pada Sidang Media #Covid19

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 16 FEBRUARI 2021.