Affan Fauzi
Annuar Musa Kunjungi Ibu Usung Anak OKU Menghuni di Lorong Haji...
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa melihat keadaan Siti Nurasyikin Johari yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) sambil diperhatikan ibunya, Saniah Taib (dua kiri) di Lorong Haji Taib 2, Chow Kit, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 15 FEBRUARI 2021.
PKP 2.0 – Peniaga ‘Garu Kepala’, Pasar Seni Lengang Tiada Pengunjung
Keadaan lengang dapat dilihat di kawasan yang kebiasaannya menjadi tumpuan para pelancong samada tempatan atau luar negara berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bagi membendung penularan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Seni, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 FEBRUARI 2021.
TENTERA Masuk Bandar, Pantau Pematuhan SOP Hari Cuti Umum
Anggota tentera membuat pemantauan keselamatan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) orang awam pada cuti umum sempena perayaan Tahun Baru Cina semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di hadapan Pavilion, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 12 FEBRUARI 2021.
Tahun Baru Cina – Operasi Sanitasi Tokong Cegah Penularan Wabak Covid-19
Pekerja melakukan kerja-kerja sanitasi di perkarangan tokong bagi mengekang penularan Covid-19 sempena Tahun Baru Cina di Thean Hou, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 11 FEBRUARI 2021.
Redzuan Md Yusof Teruja Lihat Animasi ‘3D Golden Bull’ Lawan Covid19
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Seri Redzuan Md Yusof melihat tiga dimensi (3D) arca lembu emas di Pavillion, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 11 FEBRUARI 2021.
Tahun Baru Cina – Pelapis Gigih Berlatih Tarian Singa
Dua orang peserta kanak-kanak melakukan sesi latihan tarian singa semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena perayaan Tahun Baru Cina di Sungai Buloh, Selangor. Foto AFFAN FAUZI, 10 FEBRUARI 2021.
PKP 2.0 – Bandaraya Melaka 2021
Suasana lengang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar kawasan Jonker Walk, Melaka. Foto AFFAN FAUZI, 10 FEBRUARI 2021.
Ibu Kandung, Bapa Tiri Suspek Bunuh Anak Tujuh Tahun Didakwa di...
Kedua-dua tertuduh, Mohd. Fadzli Abdull Razak dan Zuraida Atan dikawal ketat sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (CID) Melaka ketika dibawa ke mahkamah untuk dihadapkan atas dua pertuduhan membunuh dan mendera Zubaidi Amir Qusyairi Abd. Malek di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh. Foto AFFAN FAUZI, 10 FEBRUARI 2021.
Tahun Baru Cina – Persiapan dan Persediaan Musim Perayaan
Pengunjung membeli barangan keperluan sebagai persiapan awal sempena Tahun Baru Cina 2021 di NSK Trade City Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 08 FEBRUARI 2021.
Alexander Nanta Linggi Tinjau Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Tahun Baru...
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi melakukan pemeriksaan harga barangan keperluan sempena pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2021 di NSK Trade City Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 08 FEBRUARI 2021.

















