Tangkap layar memaparkan anggota polis hadir di sebuah taman tema di Subang Jaya, pada Sabtu lalu.

KUALA LUMPUR – Seramai 10 individu cedera akibat kemalangan roller coaster dalam kejadian di sebuah taman tema di Subang Jaya, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian itu berlaku semasa 22 penumpang roller coaster sedang bermain permainan itu.

“Akibat kemalangan itu, seramai 10 mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke pusat perubatan di sekitar Subang Jaya bagi mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa terdiri daripada warga tempatan dan pelancong luar negara berusia 11 hingga 44 tahun.

Wan Azlan berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian itu sekitar jam 11.45 pagi pada keesokan hari.

Tambah beliau, kesemua mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan siasatan sedang dijalankan pihak polis.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya ditalian 03-78627100 dan segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here