Amyza Aznan kehilang anak sulung pada Februari lalu.

KUALA LUMPUR – Suami kepada pelakon, Amyza Aznan iaitu Khairil Izhar yang menghidap penyakit paru-paru berair dan darah tinggi masih lagi berada dalam kritikal namun kini berada dalam keadaan stabil.

Anaknya, Adrian Adam, 18, memberitahu, mereka sekeluarga masih menunggu keputusan daripada doktor mengenai keadaan kesihatan bapanya.

“Kemas kini, buat masa sekarang keadaan ayah saya masih kritikal tapi stabil. Kita sedang menunggu keputusan doktor,” katanya dalam InstaStory di sini hari ini.

Semalam, Amyza berkongsi khabar duka tentang keadaan suaminya yang sedang berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat paru-paru berair dan tekanan darah tinggi.

Sebelum ini, Khairil pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada Disember 2017 akibat serangan jantung.

Pada Disember 2023, Amyza berkongsi dia terpaksa membuat keputusan sukar untuk menyelamatkan nyawa suaminya selepas dia ditidurkan akibat sesak nafas.

Bagaimanapun selepas dua hari ditidurkan Khairil Nizar yang kembali sedar didapati dijangkiti Covid-19 dan perlu menjalani rawatan rapi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here