Bernama
KKDW perlu beralih kepada budaya berimpak, akauntabiliti – Zahid
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata KKDW tidak boleh hanya menjadi organisasi yang patuh kepada proses dan tatakelola, sebaliknya mesti bertanggungjawab terhadap keberhasilan yang memberi kesan langsung kepada kesejahteraan rakyat.
Fadhlina hasrat terbit lebih banyak buku kanak-kanak, pupuk budaya membaca
Menerusi hantaran Facebook, Fadhlina berkata beliau berhasrat untuk memastikan setiap penyertaannya di PBAKL pada masa akan datang disertai dengan penerbitan buku khusus untuk golongan kanak-kanak.
Tiada rakyat Malaysia terjejas insiden serangan dron di Lapangan Terbang Antarabangsa...
Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Kuwait sedang memantau rapat situasi susulan serangan itu dan mengesahkan bahawa kesemua warganegara Malaysia yang berdaftar di negara berkenaan berada dalam keadaan selamat.
BN umum calon PRN Johor seminggu sebelum penamaan – Zahid
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata langkah itu bagi memberikan ruang untuk menyelesaikan sebarang isu di kawasan tertentu lebih awal.
Pekerja kedai runcit cedera disamun 4 lelaki bersenjata pedang
Ketua Polis Daerah Baling Supt Brandon Anak Richard Joe berkata polis menerima laporan berhubung kejadian membabitkan mangsa lelaki berusia 20-an itu pada 9.02 malam, 1 Jun.
Iran dakwa terminal Lapangan Terbang Kuwait rosak akibat kegagalan sistem Patriot...
Jurucakap IRGC Hossein Mohebbi berkata siasatan mendapati Bahagian Aeroangkasa pasukan itu tidak melepaskan tembakan ke arah terminal lapangan terbang Kuwait.
Kumpulan pertama jemaah haji selamat tiba di tanah air
Kumpulan pertama yang terdiri daripada jemaah Selangor itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada 11.31 pagi (waktu Arab Saudi) semalam, menaiki pesawat Saudi Airlines (SV5004).
Putin zahir penghargaan atas lawatan Sultan Ibrahim sempena Hari Kemenangan di...
Dalam ucapannya, beliau turut memetik peribahasa Melayu: “Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni”, bagi menggambarkan semangat solidariti dan perpaduan dalam konteks hubungan Rusia-Malaysia untuk mengharungi cabaran bersama-sama.
Polis tahan individu dikehendaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk M. Kumar berkata suspek, yang juga ahli kumpulan jenayah terancang Geng TR ditahan dengan kerjasama pihak berkuasa India dan Thailand semasa dalam penerbangan dari Chennai, India menuju Bangkok, Thailand sebelum dibawa pulang ke Malaysia.
Suspek terlibat kes samun di Ipoh, Pulau Pinang dikenal pasti
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Muhammad Najib Hamzah berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian daripada pemilik kedai runcit terbabit.

















