Muhammad Fareez Muhamad Fadzil
Daily Life – Kuala Lumpur #OKU
Seorang pengguna kerusi roda menggunakan jalan raya yang lengang pada hari ke-33 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 19 APRIL 2020.
Wajah-Wajah Petugas KKM di Lokasi Saringan
Petugas KKM membawa barang keperluan bagi membuat saringan kesihatan ke atas rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hotel Hilton Garden Inn, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 20 APRIL 2020
Budi Penghuni Tirai Besi
Seorang banduan kelihatan berehat ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Penjara Kajang, Kajang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 17 APRIL 2020
Pasar Sentul Tetap Jadi Tumpuan Warga Kota
Gelagat pengunjung membeli barangan keperluan pada hari ke-33 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Sentul, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 19 APRIL 2020
MalaysiaGazette Hargai Pengorbanan ‘Barisan Hadapan’
Wartawan Kanan Malaysia Gazette, Radzuan Hassan (kiri) semasa menyerahkan sumbangan Malaysia Gazette kepada petugas barisan hadapan bagi menghadapi Covid-19 di Klinik Kesihatan Tengkera, Melaka. Foto FAREEZ FADZIL, 09 APRIL 2020.
Anggota Bomba Ops Sanitasi Awam di Sungai Lui
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersiap sedia membuat kerja disinfeksi pada Ops Sanitasi Awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak Covid-19 di sekitar kawasan Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.foto FAREEZ FADZIL, 08 APRIL 2020
Gelandangan Bersyukur Dapat Layanan Istimewa
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa (kanan) selimutkan gelandangan pada hari ke-21 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 di Pusat Komuniti Sentul Perdana, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 07 APRIL 2020
Tentera Berpeluh Bantu Serahan Foodbank YaPEIM 2.0
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kelihatan mengesat peluhnya selepas mengangkat barang keperluan pada Serahan Foodbank YaPEIM 2.0 #musaadahcovid19 kepada 400 penghuni Plaza City One di Pejabat YaPEIM, Kampung Attap, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 07 APRIL 2020
Masjid Al-Umm Jadi Tumpuan Nyahkuman
Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama petugas Rescue Bencana Malaysia (RBM) membuat kerja disinfeksi pada Ops Sanitasi Awam pada hari ke-20 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 di Masjid Al-Umm, Bandar Baru Bangi, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 06 APRIL 2020
PKP Fasa 2 : Tentera, Polis Perketatkan Kawasan di Plaza City...
Gelagat anggota Angkatan Tentera Malaysia semasa menjaga keselamatan pada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Plaza City One, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 05 APRIL 2020

















