Saturday, April 27, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

983 Artikel 0 Komen

Proses Pengundian Awal PRK DUN Seri Setia

Anggota polis, Koperal Abdul Said Maamur menunjukkan jari selepas menunaikan tanggungjawab pada pengundian awal sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 DUN Seri Setia di Kompleks SMS PDRM, Shah Alam, Selangor. Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 04 SEPTEMBER 2018

Calon Pakatan Harapan, Halimey Bakar Kempen Pengundi Seri Setia

Calon Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar (kiri) berswafoto dengan pasangan pengantin, Muhammad Hafizuddin Hashim (dua kiri) dan Sheila Amiza Azmi (dua kanan) ketika hadir pada majlis walimatul urus sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Seri Setia di Masjid Al-Islamiah Kampung Lindungan, Petaling Jaya, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 02 SEPTEMBER 2018

Kempen Calon PAS, Dr. Halimah Ali di PRK Seri Setia

Calon PAS, Dr. Halimah Ali (dua kiri) menunjukkan kebolehan ketika program gotong-royong membuat bubur lambuk sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Seri Setia di TTDI Jaya, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 02 SEPTEMBER 2018

Tempurung Kelapa dan Batu Kikir untuk Jalur Gemilang Gergasi SMKDE

Sebahagian pelajar memperkemas Jalur Gemilang gergasi yang dihasilkan daripada 4000 tempurung dan batu kikir sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 61 semasa tinjauan Lensa Malaysia Gazette di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Darul Ehsan, Selayang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 30 OGOS 2018

Daily Life – Shahidan ROSSI46

Shahidan Saad memperkemas Jalur Gemilang yang digantung pada basikalnya sempena sambutan Hari Kemerdekaan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Kampung Lindungan, Petaling Jaya, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 29 OGOS 2018

Daily Life – Kempen PRK Seri Setia

Penunggang motorsikal kelihatan melintasi bendera dan poster parti-parti politik ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Seri Setia di sekitar Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 29 OGOS 2018

Calon PAS, Dr. Halimah Ali Periksa Kesihatan Pengundi DUN Seri Setia

Calon PAS, Dr. Halimah Ali memeriksa kesihatan sepasang suami isteri, Badariah Mat Resat (tengah) dan Mohd Noor (kanan) sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Seri Setia di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang, Petaling Jaya. Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 28 OGOS 2018

Halimey Tunjuk Kebolehan Memasak – PRK Seri Setia

Calon Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar (kiri) menunjukkan kebolehannya kepada sebahagian peserta semasa demonstrasi masakan sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Seri Setia di Bilik Gerakan Utama, Petaling Jaya. Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 28 OGOS 2018

Muslimat PAS dan Wanita UMNO Kempen PRK Seri Setia

Calon PAS, Halimah Ali (tengah) menjulang tangan bersama Ketua Muslimat PAS, Nuridah Salleh (dua kiri) dan Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad (tiga kanan) pada Majlis Pertemuan Calon Bersama Pemimpin Dan Jentera Pas dan UMNO sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Seri Setia, turut sama Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam (kanan) di Padang Awam Kampung Lindungan, Petaling Jaya. Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 27 OGOS 2018

Walkabout Calon PAS Halimah Ali – Kempen PRK Seri Setia

Calon PAS, Halimah Ali (tengah) beramah mesra ketika mengedarkan risalah pengenalan calon kepada orang ramai sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.32 Seri Setia di Pasar Malam Kampung Lindungan, Petaling Jaya. Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 27 OGOS 2018