Friday, April 19, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

Muhammad Fareez Muhamad Fadzil

983 Artikel 0 Komen

Menteri Wilayah Tinjau Bazaar Ramadhan Kampung Bharu

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) dan isteri Datin Seri Anggriani Sentiyaki (dua kiri) beramah mesra bersama peniaga ketika melawat Bazaar Ramadhan Kampung Bharu sempena bulan Ramadhan di Kampung Bharu, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 28 MEI 2017

Najib Lancar Buku 10 Tahun Islam Hadhari

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (dua kiri) menandatangani plak sebagai simbolik pelancaran buku 10 Tahun Islam Hadhari sambil diiringi Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi (dua kanan) dan Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Datuk Seri Mohd Khalil Yaacob (kanan) pada Majlis Pelancaran Syarahan Tun Abdullah Ahmad Badawi di Hotel Marriot, Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 25 MEI 2017

Konvokesyen Maktab Koperasi Malaysia ke 21

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Jamil Salleh (tengah) beramah mesra bersama penerima Graduan Cemerlang Diploma Pengurusan Koperasi dan sebahagian Graduan Emas Diploma Pengurusan Koperasi pada Konvokesyen Maktab Koperasi Malaysia ke 21 di Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Putrajaya. foto FAREEZ FADZIL, 25 MEI 2017

S. Subramiam Jubli Emas ke 50 Persatuan Orthopaedik Malaysia

Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam (tengah) diiringi Presiden Persatuan Orthopaedik Malaysia, Datuk Azmi Baharudin (kanan) melawat pameran pada Sambutan Ulangtahun Jubli Emas ke 50 Persatuan Orthopaedik Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 19 MEI 2017

Sambutan 100 Tahun Kegemilangan Industri Sawit Negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) menyerahkan Anugerah Khas Pekebun Kecil Semenanjung, Ahmad Sidek (duduk, kiri) sambil diiringi Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar (kanan) pada Sambutan 100 Tahun Kegemilangan Industri Sawit Negara di Ladang Tennamaram, Sime Darby Plantation Bestari Jaya, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 18 MEI 2017

Pelajar India Cemerlang SPM,STPM

Presiden MIC merangkap Menteri Kesihatan, Datuk Seri S. Subramaniam (tiga kiri) menyerahkan sumbangan kepada penerima penghargaan pelajar cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang merupakan orang kelainan upaya (OKU), Mahavithia A/P Arumugam (empat kanan) sambil diiringi Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan (lima kanan) pada Majlis Penghargaan Bagi Pelajar-Pelajar India Cemerlang SPM dan STPM di Ibu PejabaT MIC, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 17 MEI 2017

Shahrizat Bersama Polis Wanita Kuala Lumpur @ Probiz Klinik

Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil (dua kiri) beramah mesra bersama sebilangan anggota polis sambil diiringi Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh (kiri) pada Majlis Perasmian Polis Wanita Kuala Lumpur @ Probiz Klinik di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 17 MEI 2017

Sidang Media PAS dan IKATAN

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (dua kiri) kelihatan bersalaman bersama Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (kiri) pada sidang media parti PAS dan parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) di Ibu Pejabat PAS Pusat, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 15 MEI 2017

Shahrizat Hadir Program Ramadan Datang Lagi

Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil (dua kanan) menyerahkan sumbangan kepada sebilangan penerima bantuan pada Program Ramadan Datang Lagi di Pangsapuri Mutiara Magna, Metro Prima, Kepong. foto FAREEZ FADZIL, 14 MEI 2017

Ku Nan Menyampaikan Anugerah Pelajar Cemerlang 2017

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (empat kanan) bergambar kenangan bersama penerima-penerima anugerah pada Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2017 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 12 MEI 2017