Kumara Sabapatty
93,000 orang sudah daftar vaksin Covid-19 semalam – Adham Baba
Dengan pembukaan pendaftaran vaksin di hospital swasta, ia menambah keyakinan kami kerjasama jitu bersama hospital swasta dapat membantu memudahkan serta menambah keyakinan rakyat tampil mengambil vaksin. - Datuk Seri Dr. Adham Baba.
Reka bentuk infrastruktur hospital perlu diubah – Adham Baba
Maka dengan adanya reka bentuk baharu termasuk bangunan tinggi yang kita telah pun membenarkan dibina di negara ini bagi mengelak penularan pandemik di dalam hospital itu dan juga jangkitan sesama pesakit. - Datuk Seri Dr. Adham Baba.
Isu SOP: Neelofa selesai beri keterangan di IPD Dang Wangi
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohammad Zainal Abdullah berkata, Neelofa sepatutnya dijadualkan tampil esok untuk membantu siasatan tetapi hadir di IPD sebelum Maghrib tadi.
Kes bunuh teman rapat pindah ke Mahkamah Tinggi Shah Alam
Timbalan Pendakwaraya, Nasharina Nazlan memberitahu mahkamah bahawa Peguam Negara telah bersetuju memindahkan kes berkenaan untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi di Shah Alam Selangor dan salinannya telah diterima.
2,969 calon ambil SPM sesi kedua mulai esok
Calon SPM yang tidak dapat menduduki peperiksaan itu pada Februari hingga Mac lalu kerana disahkan positif Covid-19 atau perlu menjalani tempoh kuarantin boleh mengambilnya mulai esok.
Jadi mangsa ragut dalam kedai runcit
Mangsa bagaimanapun bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan ekoran bergelut dengan suspek. - Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan.
Rosakkan cermin tandas, tingkap masjid kerana dengar suara halus
Soal siasat ke atas suspek turut mendakwa dia telah mengalami halusinasi dan mendengar suara halus yang memaksa dirinya berkelakuan demikian di dalam masjid tersebut. - Asisten Komisioner Abd Khalid Othman.
NGO Keramat desak polis siasat penipuan skim palsu ‘Datuk Seri’
"Walaupun lelaki itu pernah menafikan penggunaan gelaran palsu itu pada tahun 2017 namun siasatan pasukan khas kami mendapati dia masih menggunakan gelaran palsu itu tanpa watikah sah sekaligus menyalahgunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan institusi Majlis Raja-Raja" kata Hamdan.
ATM mahu tambah lebih 300 doktor
Kita faham hal penjawatan masih ada cabaran, pembangunan pasukan simpanan, paramedik dan doktor dan itulah arah tuju kita nanti. - Leftenan Jeneral Datuk Dr. Md Amin Muslan.
Lebih 30,000 pegawai, anggota ATM sudah disuntik vaksin
"Saya boleh katakan bahawa 80 hingga 90 peratus daripada jumlah vaksin yang kita terima sudah disuntik kepada pegawai dan anggota ATM kerana ia bergantung kepada jumlah vaksin yang diberikan kepada ATM," kata Md. Amin.