Lensa MalaysiaGazette
Salahuddin Ayub Serah Sumbangan Kepada Kakitangan MOA
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub (tengah) menyampaikan sumbangan wakil Pembantu Operasi Pejabat, Sharum Abdul Rakib (dua kanan) pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Serbaguna MOA, Wisma Tani, Putrajaya. foto NOOREEZA HASHIM, 23 MEI 2019.
Air Mata Kesedihan Al-Sultan Abdullah
Reaksi sugul Yang di-Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah ketika melihat keranda Jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah di persada Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan, Pahang. foto HAZROL ZAINAL, 23 MEI 2019.
Daily Life – 32 Jenis Lampu Raya LED Jadi Tarikan
Peniaga, Muhamad Izwan Yazir memasang pelbagai jenis lampu raya LED yang dijual sempena bulan Ramadan digerainya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sungai Besi, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 21 MEI 2019
Daily Life – Pakar Jahitan Barangan Kulit dan Kain Denim
Rudir Darwadi menjahit dompet kulit dengan teliti ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di DRL Leather Kampung Jenderam Hulu, Sepang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 20 MEI 2019
Daily Life – Persiapan Raya #CutiUmum
Orang ramai mengambil peluang sempena cuti umum membuat persiapan raya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 20 MEI 2019.
Rina Harun di Sambutan Hari Guru Kementerian Pembangunan Luar Bandar 2019
Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun beramah mesra bersama penerima watikah pelantikan pegawai perkhidmatan pendidikan MARA pada Majlis Sambutan Hari Guru Kementerian Pembangunan Luar Bandar 2019 di Bangunan MARA, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 16 MEI 2019
TNB Rai 56 Anak Yatim dan Majlis Berbuka Puasa Peringkat Korporat
Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie (berdiri, tengah) bersama Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Amir Hamzah Azizan (berdiri, tiga belas kiri) bergambar kenangan bersama 56 orang anak yatim dari Rumah Bakti Nur Ain dan Rumah Bakti Al Kausar turut hadir Lembaga Pengarah TNB, Pengurusan tertinggi TNB, pesara LLN/TNB dan pihak stakeholders pada Majlis Berbuka Puasa TNB Peringkat Korporat di Hotel RHR @ Uniten Bangi, Selangor. foto TNB NEWSROOM, 14 MEI 2019
Dr. Dzulkefly Lawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meluangkan masa melawat pesakit ketika mengadakan lawatan kerja di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor. foto IQBAL BASRI, 13 MEI 2019
Amyra Rosli Sambut HARI IBU
Pelakon, Amyra Rosli dan Anzalna Nasir bersama ibu-ibu yang diraikan pada Majlis Berbuka Puasa Sempena Hari Ibu di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. foto NOOREEZA HASHIM, 12 MEI 2019.
Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa Peringkat Kebangsaan #2019
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diiringi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bergambar kenangan bersama para peserta pada Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa Peringkat Kebangsaan di MAEPS Serdang, Selangor. foto NOOREEZA HASHIM, 12 MEI 2019.