Lensa MalaysiaGazette
Gelagat Penduduk Ketika Masalah Bekalan Air di Selangor
Seorang penduduk menadah air yang disediakan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) berikutan masalah gangguan air ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Seksyen 7, Kota Damansara. foto ISKANDAR HAMIDI, 5 SEPTEMBER 2020.
Muhyiddin, Hadi Awang Kongsi Pentas pada Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN
Perdana Menteri yang juga Presiden BERSATU, Tan Sri Datuk Muhyiddin Yassin dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berbincang sesuatu selepas hadir ke Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN di Persatuan Alumni Universiti Malaysia (PAUM), Kuala Lumpur. foto MOHD ADZLAN, 01 SEPTEMBER 2020.
BN Menang Majoriti 10,945, SPR Umum ‘Zaidi Aziz’ Wakil Rakyat ADUN...
ADUN Slim, Mohd Zaidi Aziz (tengah) mengangkat tangan bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi BN, Datuk Seri Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan serta barisan kepimpinan tertinggi UMNO dan BN selepas SPR umum secara rasmi menang Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi, Dewan Sri Tanjong, Majlis Daerah Tanjung Malim, Perak. foto FAREEZ FADZIL, 29 OGOS 2020.
Gelagat Petugas-Petugas SPR dan Pengundi #PRKSlim
Gelagat seorang kanak-kanak menemani bapanya membuang undi pada hari mengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di Sekolah Kebangsaan Kuala Slim, Kuala Slim, Perak. foto AFFAN FAUZI, 29 OGOS 2020
Jari-Jari Penentu Siapa Wakil Rakyat Dun Slim
Jari pegundi tetua M Renggaiyah, 96, yang telah berdakwat kekal selepas selesai membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Trolak Pekan, Perak. foto MOHD ADZLAN, 29 OGOS 2020.
Suasana Pengundi Keluar Mengundi Seawal Pagi #PRKSlim
Pengundi membuang undi pada hari pengundian sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di Sekolah Kebangsaan Aminuddin Baki, Slim River, Perak. foto FAREEZ FADZIL, 29 OGOS 2020
Tun Mahathir, Mukhriz Mahathir Sepentas Ceramah Perdana Kempen UNDI #PRKSlim
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kanan) pada Ceramah Perdana sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.58 Slim di Felda Trolak Utara, Tanjung Malim, Perak. foto AFFAN FAUZI, 27 OGOS 2020
Dr. Zukifli Mohamad Rasmi Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Agensi Agama
Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zukifli Mohamad Al-Bakri (tiga kiri) bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Syaary (dua kiri) dan lain mengibarkan Jalur Gemilang pada Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Agensi Agama Di Bawah Jabatan Perdana Menteri 2020 di Kompleks Islam, Putrajaya. foto AZADI MOHAMAD ISKANDAR, 27 OGOS 2020.
Bekas Pekerja Ladang Windsor “Merayu dan Buat Demonstrasi Aman”
Bekas pekerja ladang windsor membuat bantahan dengan memegang poster untuk menuntut sambungan balik bekalan air dan elektrik serta laksanakan skim perumahan masyarakat di Plaza Sentral, Kuala Lumpur. foto AZADI MOHAMAD ISKANDAR, 21 OGOS 2020
Annuar Musa Serah Surat Tawaran Rumah PPR
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa (dua kiri) berbual ketika menyerahkan surat tawaran kepada penerima, Azhar Abu Bakar (kanan) pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Penyewaan PA/PPR Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Menara DBKL 1, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 OGOS 2020.

















