Thursday, March 28, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Na'im Mohd Zamri

Muhammad Na'im Mohd Zamri

413 Artikel 0 Komen

Persiapan Awal Menjelang Aidilfitri di Bazar Jalan TAR

Suasana malam mula meriah di sekitar kawasan tumpuan pengunjung sebagai persiapan awal menjelang perayaan Aidilfitri ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan TAR, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 03 APRIL 2023.

Asyraf Wajdi Saksi MoU antara UniKL dengan Institusi Jurutera Isyarat Keretapi...

Pengerusi MARA, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bersama Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Charles Hay (tiga kanan) dan Presiden Institut of Railway Signal Engineers United Kingdom, Andy Knight (tiga kiri) bergambar bersama ketika melawat gerabak keretapi selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman antara Universiti Kuala Lumpur dan Institusi Jurutera Isyarat Keretapi (IRSE) di Universiti Kuala Lumpur Malaysia Italy Design Institute, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 03 APRIL 2023.

Zakat Fitrah Pandu Lalu #Ramadan1444H

Umat islam menunaikan pembayaran Zakat Fitrah secara pandu lalu ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 02 APRIL 2023.

Ab Rauf Yusoh Selesai Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka Ke-13

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 pada Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka ke-13 di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh, Melaka. Foto MUHD NA’IM, 31 MAC 2023.

Sidang Media Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh menunjukkan barang rampasan dalam satu Sindiket Perjudian Warga Asing hasil dari operasi khas di Bahagian Perisikan Khas Imigresen, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 30 MAC 2023.

Peminta Sedekah di Bazar Ramadan

Pengemis warga asing meminta sedekah daripada orang ramai yang datang ke Bazar Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di Kampung Bahru, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 29 MAC 2023.

Pekerja Raikan Ramadan di Kawasan Pembinaan

Kontraktor warga asing menjamu selera sebaik masuk waktu berbuka puasa ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette sempena bulan Ramadan di sekitar Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 27 MAC 2023.

Reaksi Zahid Hamidi di Istana Kehakiman

Reaksi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melambai kepada media selepas Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan mendapatkan pasport antarabangsanya secara kekal bagi membolehkan menjalankan tugas rasmi di Mahkamah Rayuan Istana Kehakiman, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 27 MAC 2023.

Ramadan – Geng Ketuk Kejut Sahur

Sebahagian penduduk mengelilingi sekitar kawasan flat dengan menyanyikan lagu keagamaan dan bermain gendang bagi memanggil penduduk yang beragama islam untuk bangun bersahur pada bulan Ramadan yang mulia ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Balakong, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 27 MAC 2022.

Malam Pertama Solat Sunat Tarawih

Jemaah menunaikan solat tarawih pada malam pertama di Ramadan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid Negara , Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 22 MAC 2023.