Friday, March 29, 2024
Home Penulis Artikel Oleh Muhammad Na'im Mohd Zamri

Muhammad Na'im Mohd Zamri

413 Artikel 0 Komen

Anwar Hadir Program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaminkan bacaan doa selepas solat berjemaah pada Program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023, turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (dua kanan) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar (kanan) di Masjid Putra, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 31 DISEMBER 2022.

Juara Gusti MCW Intercommonwealth, Emman ‘Golden Boy’

Juara gusti Melbourne City Wrestling (MCW) Intercommonwealth, Emman Azman menunjukkan tali pinggang kejuaraan ketika selamat pulang ke tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Foto MUHD NA’IM, 30 DISEMBER 2022.

Suasana Sayu Selubungi Upacara Memperingati Mangsa-Mangsa Tanah Runtuh

Ahli keluarga dan kenalan rapat ketika hadir pada Upacara Peringatan dan Penghormatan mangsa tanah runtuh Father's Organic Farm ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 30 DISEMBER 2022.

Pelepasan Misi Bantuan Banjir KDN Ke Pantai Timur

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (dua kanan) melepaskan pasukan konvoi bantuan banjir pada Majlis Pelancaran Misi Bantuan Banjir Kementerian Dalam Negeri Ke Pantai Timur di Pejabat KDN, Putrajaya. Foto MUHD NA’IM, 21 DISEMBER 2022.

Ops Rakam Asap Tembakau Buat Perokok Kena Kompaun

Penguatkuasa Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKWPKL) mengeluarkan kompaun sebanyak RM250 kepada perokok semasa membuat Ops Rakam Asap Tembakau ketika tinjuan lensa Malaysia Gazette di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 20 DISEMBER 2022.

Penyokong Argentina Rai Kemenangan #PialaDuniaQatar2022

Gelagat penyokong pasukan Argentina meraikan kemenangan selepas berjaya menewaskan pasukan Perancis menerusi sepakan penalti 4-2 (3-3) pada perlawanan akhir Piala Dunia 2022 ketika tinjuan lensa Malaysia Gazette di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA’IM, 19 NOVEMBER 2022.

Reaksi Ahli Keluarga Ketika Hadir Proses Pengecaman Mangsa

Ahli Keluarga Mangsa, Beh Su Lee (tengah) tidak menahan sebak selepas membuat tuntutan mayat anak, menantu, dan dua cucunya yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, di Hospital Sungai Buloh,Selangor. Foto MUHD NA’IM, 18 DISEMBER 2022.

Gelagat Penyokong ‘Final World Cup 2022’ #DailyLife

Pelukis melakukan perkhidmatan lukisan mural dan lukisan muka bendera kegemaran kepada pelanggannya sempena perlawanan Akhir Piala Dunia Qatar 2022 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di sekitar Shah Alam, Selangor. Foto MUHD NA’IM, 18 DISEMBER 2022.

Air Mata Iringi Pengebumian Jenazah Nurul Azwani #TragediTanahRuntuh

Reaksi Ahli keluarga dan kenalan rapat kelihatan sebak ketika pengebumian jenazah mangsa tragedi tanah runtuh di Batang Kali, Allahyarhamah Nurul Azwani Kamarulzaman ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur. Foto MUHD NA'IM, 17 DISEMBER 2022.

Geng Kabali Mengaku Bersalah Pendakwaan Di Bawah SOSMA

Di antara ahli kumpulan ‘Geng Kabali’ dibawa ke mahkamah menjalani pertuduhan menganggotai kumpulan jenayah terancang pada 2019 di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) di Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan. Foto MUHD NA’IM, 13 DISEMBER 2022.