Noraini Razak
Zahid tidak termasuk dalam sekatan ke luar negara
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata nama Ahmad Zahid tidak dimasukkan dalam senarai nama yang dikenakan sekatan.
Enam sekeluarga cedera kenderaan dinaiki langgar lembu
Enam sekeluarga cedera dan ada yang parah setelah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki melanggar seekor lembu dan terbabas dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 86, Lebuhraya Spine Road, Jalan Lipis-Merapoh, di sini, tengah malam tadi.
Terpulang sekiranya Nazir mahu berhenti awal – Tun Daim
Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) tidak memaksa sekiranya Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak mahu berhenti awal sebelum kontraknya berakhir pada Ogos 2019.
MKN antara akta yang sedang dikaji – Tun Mahathir
Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016 adalah di antara undang-undang yang sedang dikaji oleh kerajaan untuk dipinda ataupun dimansuhkan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
1MDB: Bekas pegawai khas Najib dibebaskan
Seorang bekas pegawai khas kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang direman bagi membantu siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dibebaskan Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.
Kumpulan pendidikan Cina bantah sekolah wawasan
Kumpulan pendidikan Cina yang pernah membantah secara keras sekolah wawasan pada 1990-an kecewa dan tidak dapat menerima apabila cadangan itu dibangkit semula oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Kerajaan siasat budak perempuan 11 tahun berkahwin – TPM
Kerajaan akan menyiasat secara menyeluruh berhubung isu budak perempuan berusia 11 tahun yang didakwa berkahwin dengan lelaki berumur 41 tahun dari Gua Musang, Kelantan di Thailand, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dr Wan Azizah sedia undur diri jika Anwar jadi PM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau bersedia mengundur diri daripada jawatan nombor dua kerajaan jika suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
UMNO kemuka rayuan kepada SPRM untuk guna wang akaun dibekukan
UMNO telah mengemukakan permohonan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar sebahagian daripada akaun parti yang dibekukan dapat diguna untuk tujuan pentadbiran dan pembayaran gaji.
Noh Omar lepas jawatan pengerusi UMNO Selangor
Tan Sri Noh Omar akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor susulan gagal menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lepas.

















