Noraini Razak
SPRM kenal pasti penjawat awam main golf ditaja
Tanpa mendedahkan sebarang nama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata badan antirasuah itu sedang menjalankan siasatan dan proses mengumpul bukti sebelum tindakan diambil ke atas mereka.
Berhenti sembunyikan fakta Kit Siang ialah ketua pembangkang – Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata DAP perlu berhenti menyembunyikan fakta bahawa Lim Kit Siang ialah ketua umum gabungan pembangkang Pakatan Harapan.
Tuah Ring Cutter penyelamat zakar
Alat gerigi yang diciptakan Mohd. Rusli, seorang anggota Balai Bomba dan Penyelamat di Balai Hang Tuah, ibu negara itu dapat melonggarkan cincin yang terlekat pada zakar dalam tempoh lima hingga 10 minit.
Zahid nafi ada peletakan jawatan menteri, nama Anifah disebut
"Saya tahu Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) merujuk status laman sosial beliau (kepada) Datuk Seri Anifah Aman (iaitu) Menteri Luar, telah meletak jawatan." - Ahmad Zahid Hamidi
Penduduk tolak Langkawi jadi Wilayah Persekutuan
Dari wakil rakyat sehinggalah kepada pengusaha teksi, kebanyakan penduduk yang ditemui tidak bersetuju dengan cadangan itu yang secara umumnya melihat idea itu tidak menampakkan sebarang manfaat kepada penduduk setempat.
Perlu adakan kajian jika Sabah mahukan PRN berasingan – TPM
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kajian perlu dijalankan terlebih dahulu sekiranya kerajaan Sabah mahu mengadakan pilihan raya negeri (PRN) secara berasingan daripada pilihan raya umum (PRU).
Kematian tahanan, lebih 10 anggota dan pegawai polis disiasat
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Yusoff Mamat berkata setakat ini, tiada anggota atau pegawainya digantung tugas susulan kejadian itu kerana siasatan lanjut masih dijalankan.
Wanita peluk Islam pada ceramah Dr Zakir di Perlis
Pelajar peringkat doktor falsafah (PhD) di sebuah universiti awam di negara ini, melafazkan dua kalimah syahadah dibimbing Dr Zakir dengan bersaksikan kira-kira 1,000 hadirin.
Jangan politikkan isu produk bulu binatang – Hamzah
Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan agama, isu seperti itu perlu ditangani secara berhemah bagi mengelak berlakunya salah faham.
SPRM rakam keterangan Ketua Pemuda PKR Ampang
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini merakam keterangan Ketua Pemuda PKR Ampang Datuk Adam Rosly dipercayai berhubung dakwaan kekayaan luar biasa yang dimiliki.

















