Sunday, April 20, 2025
Home Penulis Artikel Oleh Sadiq Sani

Sadiq Sani

111 Artikel 0 Komen

Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Foto SADIQ SANI, 30 OGOS 2024

Pencarian Mangsa Tanah Jerlus Diteruskan

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bersiap sedia memakai alatan menyelam bagi meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 29 OGOS 2024

Suasana Jalan Masjid India Lengang

Suasana di sekitar Jalan Masjid India kelihatan lengang berikutan operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa tanah jerlus masih diteruskan ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Masjid India, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 29 OGOS 2024

Aktiviti Peniaga Sekitar Masjid India

Peniaga menjalankan aktiviti perniagaan seperti biasa walaupun operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa tanah jerlus warga India masih dijalankan ketika tinjauan MalaysiaGazette di sekitar Jalan Masjid India, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 26 OGOS 2024

Keadaan Pencarian Mangsa Tertimbus di Masjid India

Anggota bomba giat menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa yang merupakan seorang pelancong warga India terjatuh akibat tanah jerlus pagi tadi di Masjid India, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 23 OGOS 2024

Banjir Kilat Landa WTCKL

Suasana banjir kilat tenggelamkan beberapa buah kenderaan berikutan hujan lebat berpanjangan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di WTCKL, petang tadi. Foto SADIQ SANI, 22 OGOS 2024

Persidangan Pergerakan Puteri UMNO #PAU2024

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi hadir pada Persidangan Pergerakan Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di WTCKL. Foto SADIQ SANI, 22 OGOS 2024

Muhyiddin Yassin Hadir Untuk Dirakam Percakapan

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba untuk dirakam percakapan oleh polis berkaitan ucapan yang didakwa menyentuh isu 3R semasa PRK DUN Nenggiri, di Bangunan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 21 OGOS 2024

Suspek Bunuh, Kerat Cikgu Istiqomah Tangan Bergari Ke Mahkamah

Suspek yang membunuh dengan kejam seorang guru, Istiqomah Ahmad Rozi diiringi anggota polis tiba bagi proses pendakwaan di Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka. Foto SADIQ SANI, 19 OGOS 2024

Gedung Pakaian Diserbu Imigresen

Antara warga asing yang ditahan ketika Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen di sebuah gedung membeli-belah di Klang, Selangor. Foto SADIQ SANI, 15 OGOS 2024