Monday, September 14, 2026
Home Penulis Artikel Oleh Sadiq Sani

Sadiq Sani

302 Artikel 0 Komen

Aplikasi Jualan Rahmah MADANI #KPDN

Pegawai KPDN menunjukkan aplikasi Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Kerja Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) di Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 09 MAC 2026.

Nuzul Al-Quran Madrasah An Nabawiyyah #Ramadan

Pelajar tekun membaca ayat suci Al-Quran pada Hari Nuzul Quran ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Madrasah An Nabawiyyah, Sungai Lui, Selangor. Foto SADIQ SANI, 07 MAC 2026

Najib Hadir Ke Mahkamah Dengan Senyuman

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak melambai ketika hadir ke mahkamah bagi menyambung perbicaraan kes saman sivil RM42 juta difailkan SRC International Sdn Bhd dan anak syarikat, Gandingan Mentari Sdn Bhd terhadapnya ketika di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 06 MAC 2026.

PM Rasmi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC)

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyaksikan sesi penyerahan dokumen di antara Ketua Pengarah NFCC, Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail pada Majlis Perasmian dan Penyerahan Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di Cyberjaya. Foto SADIQ SANI, 03 MAC 2026.

Pengumuman Keputusan UPKK 2025

Murid orang kelainan upaya, Nurul Aina Solehah Zainudin gembira bersama ibu, Latipah Mat Salleh dan bapanya, Zainudin Mat Ali selepas mendapat keputusan cemerlang 9A pada Majlis Pengumuman Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al Quran dan Fardhu Ain (UPKK) 2025 di SIRAJ Saidina Uthman bin Affan, Cheras. Foto SADIQ SANI, 25 FEBRUARI 2026.

Iftar Ramadan2026

Suasana meriah orang ramai mengambil kesempatan berbuka puasa beramai-ramai pada bulan Ramadan ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi, Selangor. Foto SADIQ SANI, 24 FEBRUARI 2026.

Bekas Pengarah Syarikat Telekomunikasi Dituduh Beri Rasuah

Bekas pengarah syarikat telekomunikasi, Ranjeet Singh Sidhu berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen Jenayah selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memberi rasuah RM8 juta ketika di Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 23 FEBRUARI 2026.

Bazar Ramadan Bandar Tasik Puteri

Tempoyak Ikan Patin Sg Pahang turut dijual sebagai juadah berbuka puasa ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Bazar Ramadan Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Foto SADIQ SANI, 21 FEBRUARI 2026.

Anak-Anak Asnaf Terima Bantuan Raya

Gelagat kanak-kanak asnaf pada Program Shopping Raya 2026 Bersama Anak-Anak Asnaf dan Pelajar Tahfiz Zon Tengah tajaan PEKEMA di Mydin Mall, Subang Jaya. Foto SADIQ SANI, 21 FEBRUARI 2026.

Reaksi Anwar di Masjid Nurul Hidayah

Reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan jemaah ketika hadir menunaikan solat Jumaat di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Sri Cheeding, Banting. Foto SADIQ SANI, 20 FEBRUARI 2026.