Sadiq Sani
Op Selamat 25 Sempena Tahun Baru Cina
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus ketika mengedarkan 'goodies' kepada pengguna jalanraya pada Majlis Pelancaran OP Selamat 25 Sempena Tahun Baru Cina Tahun 2026 peringkat Kontinjen KL di Pavilion Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 13 FEBRUARI 2026
Anwar Ibrahim Mesra Sambut PM India, Narendra Modi
Reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri India, Narendra Modi bergambar bersama ketika hadir pada Sesi Bersama Perdana Menteri dan Komuniti India di MIECC, Seri Kembangan. Foto SADIQ SANI, 07 FEBRUARI 2026.
Tangisan Ibu dan Bapa Iring Pengebumian Jenazah Zahir Adha
Reaksi bapa mangsa, Mohd Zaid Yaakub tidak dapat menahan sebak pada pengebumian jenazah anaknya berusia tiga tahun, Allahyarham Muhammad Zahir Adha yang menjadi mangsa dalam satu kejadian kebakaran ketika di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seri Cheeding, Banting. Foto SADIQ SANI, 06 FEBRUARI 2026
Bekas KP Perisikan Pertahanan ATM Didakwa Terima Rasuah
Bekas Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Datuk Mohd Razali Alias tiba di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah AS$20,000, ketika di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 29 JANUARI 2026
Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-44
Anggota JKDM membaca buku Prestasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Tahun 2025 pada Majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia ke-44 di Cyberjaya. Foto SADIQ SANI, 26 JANUARI 2026
Bekas Panglima Angkatan Tentera Dihadapkan Ke Mahkamah
Bekas Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Mohd Nizam Jaafar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan berkaitan penggunaan kedudukan bagi kepentingan tertentu ketika di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 23 JANUARI 2026.
Khaled Nordin Rasmi SASaR Residensi Sateria
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meninjau Residensi Sateria ketika hadir pada Majlis Perasmian SASaR Residensi Sateria di Sungai Besi, Selangor. Foto SADIQ SANI, 19 JANUARI 2026
Sarang Judi Sabung Ayam Kena Serbu #PDRM
Pemain judi sabung ayam melibatkan warga asingg dan warga tempatan ditahan dalam serbuan sindiket perjudian yang dilakukan anggota-anggota D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) PDRM di Klang, Selangor. Foto SADIQ SANI, 18 JANUARI 2026
Program Gunting Rambut Percuma Murid Sekolah
Gelagat murid-murid sekolah memotong rambut pada Program Potong Rambut Beramai-Ramai anjuran Pertubuhan Prihatin dan Muhibbah Kuala Lumpur dan Selangor (PPMKLS) sebagai persiapan pembukaan semula sesi persekolahan 2026 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette di Anak Kampung Barbershop, Kampung Padang Balang, Kuala Lumpur. Foto SADIQ SANI, 10 JANUARI 2026
Bekas Panglima Tentera Darat, Dua Isteri Direman SPRM
Bekas Panglima Tentera Darat bersama dua isterinya tiba sambil diiring pegawai SPRM bagi mendapatkan perintah reman berkait projek perolehan ketenteraan ketika di Mahkamah Majistret Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 08 JANUARI 2026

















