Home Ekonomi KPF lupus 5 juta saham FGV

KPF lupus 5 juta saham FGV

KUALA LUMPUR – Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) menjual lima juta saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) pada 27 Januari lalu.

Penjualan itu menjadikan pegangan KPF dalam syarikat perladangan kelapa sawit itu menurun kepada 206.759 juta atau 5.667 peratus, menurut KPF dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pada tarikh yang sama, Lembaga Tabung Haji juga melupuskan 150,000 saham dalam FGV.

Setakat ini, Tabung Haji masih memiliki 286,943 juta saham atau 7.865 peratus dalam syarikat perladangan milik Felda itu. – MalaysiaGazette

Comments are closed.