Proton

KUALA LUMPUR – DRB-Hicom Berhad (DRB-Hicom) masih meneruskan pencarian rakan strategik asing (FSP) bagi Proton Holdings Bhd. (Proton).

Sehubungan itu, semua pembida masih dalam saingan menjadi FSP Proton dan proses untuk menamatkan proses penilaian akan diputuskan pada suku kedua tahun ini.

“Kami telah mengumumkan dahulu bahawa proses mencari FSP ini adalah rumit dan DRB-Hicom mahu memastikan FSP yang dipilih akan menguntungkan kesemua pihak.

“Setiap rundingan adalah usaha kedua-dua pihak untuk memastikan sinergi dengan pelan masing-masing.

“Adalah menjadi proses biasa dalam mana-mana rundingan perniagaan yang kedua pihak membuat cadangan-cadangan yang berasingan dan berbeza, bergantung kepada apa yang diminta dan dicadangkan oleh pihak kedua,” katanya dalam kenyataan di sini.

DRB-Hicom akan meneruskan proses penilaian ini dan membawa masuk FSP yang akan memperbaiki kedudukan Proton dan yang akan mendapat manfaat daripada keupayaan dan kebolehan Proton.

Tambahnya, DRB-Hicom akan membuat pengumuman mengenainya setelah proses ini tamat kelak. – MalaysiaGazette