Bekas Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menarik balik samannya terhadap ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, Datin Seri Rosmah Mansor dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Khairuddin Abu Hassan

KUALA LUMPUR – Belum pun mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) tetapi parti politik baharu yang diasaskan oleh dua bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sudah memohon menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH).

Dahulu namanya Parti Bebas Rasuah dan kini ditukar menjadi Parti Generasi Baru.

Pengasasnya, Datuk Ezam Mohd. Nor menjadi presiden dan timbalannya pula Datuk Seri Khairuddin Abu Bakar.

Khairuddin yang mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan memberitahu, borang berkenaan telah diserahkan kepada Pejabat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen hari ini.

“Pihak kami menaruh harapan yang amat tinggi agar permohonan ini akan dibincangkan di peringkat Majlis Presiden PH seterusnya dapat menimbangkan kelulusan untuk Parti Generasi Baru menganggotai sebagai salah satu rakan PH,” katanya.

Menurutnya, walaupun baru namun Khairuddin yakin permohonan itu bakal memantapkan lagi barisan pembangkang sebagai persediaan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke- 14.

Sebelum ini,  Ezam berkata, partinya itu ingin menyertai PH sekiranya pendaftarannya diluluskan oleh ROS.

Difahamkan, bekas senator itu tidak dapat hadir menyerahkan permohonan itu kerana berada di luar negara.

“Kepimpinan Parti Generasi Baru sudah bersedia untuk terus berjuang bersama-sama rakan PH yang lain mengikut semangat perpaduan yang sedia terjalin dalam kalangan barisan pembangkang,” jelas Khairuddin lagi. -MalaysiaGazette.

Comments are closed.