SINGAPURA – Eksport bukan minyak domestik (NODX) Singapura naik 16.5 peratus tahun ke tahun pada bulan Mac, melanjutkan peningkatan sejak bulan November tahun lalu.

Agensi Perusahaan Perdagangan Antarabangsa (IE) Singapura dalam kenyataannya berkata, eksport elektrinik naik 5.2 peratus, selepas melonjak 17.2 peratus pada bulan sebelumnya dipacu oleh alat ganti komputer peribadi dan barangan elektronik pengguna.

Eksport bukan elektronik juga berkembang 20.8 peratus, berikutan 22.7 peratus kenaikan pada bulan sebelumnya dengan peningkatan petrokimia (42.8 peratus), jentera khusus (70.1 peratus) dan bahagian-bahagian struktur yang diperbuat daripada besi, keluli dan aluminium (4,697.5 peratus).

Penghantaran ke semua 10 pasaran utama Singapura meningkat bulan lepas dengan eksport ke China, destinasi eksport terbesar, meningkat 45.5 peratus daripada tahun sebelumnya, manakala penghantaran ke Taiwan meningkat 32.5 peratus.

Manakala penghantaran ke Hong Kong juga meningkat 17.4 peratus, kata IE Singapura.

Eksport bukan minyak naik 9.4 peratus, selepas peningkatan yang sama pada bulan sebelumnya.

Bukan elektronik eksport semula meningkat 8.6 peratus, selepas kenaikan peratus 18.1 peratus pada bulan sebelumnya.

Peningkatan ini disebabkan oleh struktur kapal dan bot (655.8 peratus), produk kecantikan peribadi (34.5 peratus), dan batu permata dan mutiara (75.9 peratus). – MalaysiaGazette