Jamal Yunos

KUALA LUMPUR – “Saya tidak sabar menunggu perhimpunan Bersih diadakan kerana saya rindu untuk memakai baju merah semula.”

Itu sindir Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar,  Datuk Seri Jamal Md. Yunos.

Jamal selaku Ketua Geng Baju Merah dan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia juga mahu Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah dan Datuk S.Ambiga menyatakan tarikh perhimpunan itu bakal diadakan memandangkan pilihan raya semakin hampir.

“Saya amat terasa amat rindu dengan Bersih atau baju kuning. Jadi saya ingin bertanya kepada mereka bila lagi nak buat Bersih kerana kami sudah lama tak pakai baju merah.

“Cuma saya nak tanya kepada geng Ambiga, Maria Chin bila lagi nak buat Bersih kerana kumpulan atau geng baju merah sudah tidak sabar lagi menunggu Bersih akan datang,” katanya selepas prosiding kes saman fitnah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos keluar dari kamar mahkamah selepas mengikuti proses mediasi kes saman fitnah oleh Ahli Parlimen Ampang, Yb Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 07 NOVEMBER 2017

Terdahulu, Jamal hadir ke proses mediasi kes saman fitnah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin terhadapnya atas dakwaan mengeluarkan perkataan fitnah berhubung insiden pukul di sebuah pusat beli-belah di Ampang, Selangor.

Jamal yang diwakili peguam Mohammed Nasser Yusof dan Zuraida bersama peguam belanya, N.Surendran dan Latheefa Koya mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan kes itu dengan cara baik. – MalaysiaGazette

Comments are closed.