Empat individu yang memakai baju tahanan lokap SPRM termasuk anak saudara kepada seorang Menteri Besar dipercayai terlibat melindungi kegiatan lombong pasir haram dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya. foto MALAYSIA GAZETTE, 30 NOVEMBER 2017

PUTRAJAYA – Empat individu termasuk salah seorang daripadanya anak saudara kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali direman selama tujuh hari dipercayai terlibat dalam melindungi kegiatan lombong pasir dan batu haram di Selangor.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Ainna Sherina Saipolamin yang membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mereman keempat-empat lelaki itu.

Kesemua mereka ditahan kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam di sekitar Kuala Lumpur, lapor media tempatan hari ini.

Menerusi penahanan itu, akaun bernilai RM4 juta milik syarikat terlibat turut dibekukan kerana disyaki hasil bersekongkol dengan anak saudara Menteri Besar terbabit.

Syarikat perlombongan itu dikatakan merasuah penguat kuasa tempatan supaya tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan terbabit.

Mereka akan direman hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 16(a) Akta SPRM. – MalaysiaGazette

Comments are closed.