KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) atas kolaborasinya dengan Alibaba Cloud bagi usaha menjadi katalis dalam ekosistem artificial intelingent (AI) pertama di Malaysia.

“Tahniah kepada MDEC dan Alibaba Cloud. Gembira melihat AI Malaysia ekosistem mengambil langkah ke depan dengan inisiatif impak tinggi, Malaysia City Brain

“Sistem kota pintar ini signifikannya akan memberi keuntungan rakyat Malaysia,” katanya dalam status twitternya hari ini.

Sebelum itu, MDEC mengumumkan kolaborasinya bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Alibaba Cloud untuk menyenggara platform penubuhan Malaysia City Brain.

Inisiatif itu menawarkan pemilikan data berkuasa besar yang melibatkan pelbagai sumber melalui video dan pengenalan imej, perlombongan data dan teknologi mesin pendidikan.

Ia merupakan projek yang sedang berjalan dan dalam fasa utama selepas mendapat kelulusan konsep daripada kerajaan pada Ogos tahun lalu.- MalaysiaGazette