Tun Dr. Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Instutut Jantung Negara (IJN) malam tadi untuk menerima rawatan.

Menurut satu kenyataan, kini Mahathir dirawat di wad umum kerana jangkitan di dada berikutan serangan batuk.

“Dr Mahathir dimasukkan ke (wad) untuk beberapa hari bagi rawatan dan pemerhatian,” kata kenyataan itu.

Katanya, hanya ahli keluarga terdekat dibenarkan melawat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu. – MalaysiaGazette