Adnan Abu Seman.

KUALA LUMPUR – UMNO Bahagian Bandar Tun Razak (BTR) dikhabarkan sudah mempunyai calon baharu untuk diketengahkan sebagai calon Parlimen di kawasan itu menggantikan ketua bahagiannya, Datuk Rizalman Mokhtar.

Menurut sumber, calon yang dipersetujui termasuk Rizalman sendiri itu ialah seorang peguam muda yang juga Ketua Pemuda UMNO Cawangan Persiaran Kilang, Adnan Abu Seman.

Rizalman sebelum ini disebut-sebut sebagai calon mungkin tidak kesampaian selepas terpalit dengan isu beliau ditahan di sebuah kelab malam dan didakwa positif dadah baru-baru ini.

Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar.

Walaupun nama Rizalman sudah bersih selepas pihak polis mendapati ujian itu adalah negatif namun ia tetap memberi kesan untuk menjadi calon BN di BTR.

Malah Rizalman yang sebelum ini mengakui bersedia menerima sesiapa sahaja yang dicalonkan oleh pucuk pimpinan BN untuk merampas kembali kerusi tersebut daripada PKR pada PRU-14 ini.

Apa yang penting, kerusi itu diberi kepada UMNO selepas MCA beberapa gagal mempertahankan Parlimen BTR sebelum ini.

Sebelum itu, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dikatakan menggantikan Rizalman namun dinafikan Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu semalam.

Bagaimanapun, ia terpulang kepada keputusan pucuk pimpinan BN dan belum dapat dipastikan sebelum hari penamaan calon.

 

Pada PRU-13, BN yang diwakili wakil MCA kalah kerusi Parlimen BTR calon PKR yang juga merupakan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan majoriti 11,832 undi.

Pada PRU-14, PKR dikatakan akan meletakkan orang kuat PKR, Datuk Kamaruddin Jaafar. -MalaysiaGazette