Home Nasional Ketua pemuda di Hulu Selangor positif dadah direman 14 hari

Ketua pemuda di Hulu Selangor positif dadah direman 14 hari

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) menahan ketua pemuda PPBM di bahagian Hulu Selangor Sabtu lalu kerana positif dadah jenis syabu dan dipercayai menjadi penjual air ketum kepada penduduk setempat.

Dia yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan di hadapan sebuah rumah di Batang Kali, Selangor kini direman 14 hari di lokap AADK Kuala Selangor.

Ketua pemuda bahagian yang dikatakan turut dinamakan calon untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) itu juga dipercayai sedang melebarkan perniagaan air ketum hingga ke ibu kota. – MalaysiaGazette