Ahmad Zahid Hamidi wizard frogs PAS UMNO Abdul Hadi Awang ducks Mohd Puad Zarkashi Parti Kuasa Rakyat politics
Mohd Puad Zakarshi

BATU PAHAT – Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menegaskan, keputusannya untuk tidak bertanding tiket bebas pada PRU-14  selepas beliau mendapat nasihat daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menerusi kenyataan di Facebook, beliau berkata, sebagai rakyat Johor beliau patuh kepada titah sultan demi kepentingan bangsa Johor.

“Banyak pihak cuba menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan kenapa saya membatalkan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas di P150 Parlimen Batu Pahat.

“Sebagai bangsa Johor, saya akhirnya mengambil keputusan tidak bertanding atas tiket bebas setelah mendapat nasihat daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor,” katanya.

Mohd Puad sebelum ini dikhabarkan mahu bertanding sebagai calon bebas pada PRU14 yang akan berlangsung 9 Mei ini.

Pada PRU14 ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu tidak dicalonkan sebaliknya BN meletakkan Ketua Wanita Bahagian Batu Pahat, Haliza Abdullah bagi merampas kembali kerusi parlimen itu daripada PKR.

Mohd Puad turut mempertikai kredibiliti metodologi penilaian yang digunakan Timbalan Perdana Menteri berhubung keadaan di Parlimen Batu Pahat.

Pada PRU-13, Mohd. Puad yang memperoleh 36,935 undi tewas kepada calon PKR, Datuk Mohd. Idris Jusi yang mendapat 38,667 dengan majoriti 1,732 undi. – MalaysiaGazette