Gambar hiasan
Gambar hiasan

TOULOUSE- Airbus SE berjaya memuktamadkan penjualan pesawat bernilai AS$29 bilion dengan dua syarikat penerbangan Asia, kata sumber yang rapat dengan urusniaga berkenaan.

Pengeluar pesawat Eropah itu berjaya menjual pesawat bernilai AS$23 bilion kepada syarikat penerbangan tambang murah terbesar Asia, AirAsia Group dan dalam masa yang sama hampir memuktamadkan perjanjian penjualan pesawat badan lebar bernilai AS$6 bilion kepada sebuah syarikat penerbangan startup Taiwan, StarLux Airlines, kata dua sumber kepada Bloomberg.

Perjanjian tersebut adalah berdasarkan senarai harga manakala diskaun adalah direka mengikut tempahan secara pukal.

Kata sumber berkenaan, tempahan adalah berdasarkan rundingan akhir.

Sementara masih belum ada urusniaga dimeterai setakat ini, ia dijangka menjadi sebahagian daripada jualan yang akan diumumkan semasa Persembahan Udara Farnborough tidak lama lagi.

Malaysian Airlines yang merupakan pelanggan kedua terbesar Airbus A320 dikatakan sedang mempertimbangkan tempahan sebanyak 100 buah A321neo, kata sumber yang tahu mengenai perbincangan tersebut.

AirAsia pula pada masa yang sama hamper bersetuju untuk menempah 34 buah lagi pesawat badan lebar A330neo yang menjadikan keseluruhan pesawat model tersebut di bawah pemilikannya adalah 100 unit.- Malaysiagazette