Bekas Perdana  Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini sekali lagi dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan polis berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Menara KPJ, Jalan Tun Razak di sini. 
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak berkata, dakwaan tertuduh ketujuh kes pembunuhan Kevin Morais yang mendakwa ditawar sejumlah RM3.5 juta olehnya sebagai sangat mengarut.

“Terdapat 7 orang dituduh dalam kes pembunuhan ini. Hanya orang kena tuduh (OKT) yang ke-7 tiba-tiba mendakwa saya menawarkan RM3.5 juta melalui seorang pegawai penjara yang tidak dinamakan untuk mengaku membunuh Kevin.

“Sebelum menuduh saya, OKT7 ini juga pernah menuduh adik kepada Kevin Morais menawar RM2 juta kepadanya untuk mengaku membunuh Kevin.

“Dan sebulan sebelum itu, OKT7 juga mendakwa bahawa Dr Kunaseegaran yang turut didakwa dalam kes ini telah menawarkan RM1.5 juta bagi mengaku membunuh Kevin.

“Tuduhan OKT7 ini untuk melibatkan nama saya nampaknya sangat mengarut,” kata Najib dalam satu kenyataan di sini.

Tertuduh ketujuh yang didakwa membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais mengakui di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia ditawarkan wang RM3.5 juta oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengaku bersalah membunuh Kevin Morais.

S. Ravi Chandaran, 47, turut mengakui bahawa tawaran itu dibuat melalui pegawai penjara kepadanya.

Selain tawaran itu, dia turut menerima tawaran dari adik Kevin Morais sendiri iaitu Datuk Richard Morais untuk membuat pengakuan sama.

Ravi Chandaran yang juga saksi pembelaan keenam berkata demikian ketika pemeriksaan balas peguam Datuk N.Sivananthan yang mewakili pakar patologi tentera, Dr R. Kunaseegaran, pada prosiding membela diri hari ke-24.

Menurut Najib, pertama kali namanya dikaitkan dengan pembunuhan Kevin dibuat portal Sarawak Report yang mendakwa kononnya Kevin dibunuh kerana dia terlibat dalam penyiasatan kes 1MDB ataupun SRC.

Pada masa itu, katanya Najib, beliau menganggap tohmahan Sarawak Report ini juga amat mengarut kerana ramai yang terlibat dalam siasatan untuk setiap kes.

“Tidak logik bahawa Kevin seorang yang dijadikan mangsa tetapi ramai lagi yang menyiasat masih hidup, bukan?,” tambahnya.

Disebabkan itu, dakwanya, pasukan propaganda Pakatan Harapan bekerja kuat dalam menanam kebencian terhadap beliau.

“Maka ramai termakan fitnah dan mempercayai yang saya terlibat walaupun tidak logik sama sekali.

“Untuk makluman orang ramai, pada akhir Mei lalu selepas PRU14, Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull telah menafikan tanggapan umum bahawa pembunuhan Kevin mempunyai kaitan dengan kes dana RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd mahupun 1MDB,” jelas Najib.

http://www.astroawani.com/…/kevin-morais-tidak-terlibat-kes…

Najib tawar RM3.5 juta jika mengaku bunuh Kevin Morais, kata tertuduh

Penafian itu secara sangat jelas telah mematahkan fitnah dan tohmahan Sarawak Report.

Dalam kenyataan itu, Najib turut menyifatkan Editorial Bernama agak nakal dengan menggunakan tajuk sensasi ala tabloid seperti itu.

“Dan, nescaya mereka yang malas membaca akan terus percaya pada tajuk itu semata-mata,” ujarnya. – MalaysiaGazette