Ahmad Zahid
Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak menyatakan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO Malaysia sama ada dalam keadaan senang atau pun susah.

“UMNO Perak mendoakan semoga Ahmad Zahid akan menghadapi semua dugaan dengan tabah.

“Kami yakin Zahid berada di pihak yang benar dan akan mendapat pertolongan Allah jua,” ujar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad dalam satu kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid dikehendaki melaporkan diri ke Ibu Pejabat SPRM esok bagi urusan pendakwaan di mahkamah yang mungkin dibuat Jumaat ini.

Menurut Saarani beliau, ahli-ahli UMNO Perak akan mengadakan majlis bacaan yasin dan solat hajat memohon pertolongan daripada Allah semoga Presiden UMNO diberikan kekuatan mental dan fizikal dalam menghadapi cabaran dan dugaan.- MalaysiaGazette