Lim guan eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bercakap ketika sesi sidang media sambil diiringi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof (tiga kanan), Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Fuziah Salleh (dua kanan) dan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching (dua kiri) selepas selesai Majlis Penyerahan Cek kepada Sekolah Pondok Berdaftar di Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya. foto AFFAN FAUZI, 08 JANUARI 2019

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berminat untuk mendapatkan dan melihat sendiri minit mesyuarat hasil pertemuan di antara pemimpin kanan China dan Malaysia berhubung cadangan negara tersebut untuk menyelamatkan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Jelas Guan Eng, buat masa sekarang beliau tidak boleh mengulas lanjut kerana tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai pertemuan tersebut.

Bagaimanapun, beliau menyatakan komitmen kerajaan untuk terus menyiasat mengenai sebarang penyelewengan yang berlaku semasa pemerintahan terdahulu termasuk kontrak-kontrak yang telah diberikan serta skandal 1MDB.

“Saya perlu periksa (fakta) dahulu dan akan kembali semula untuk memberi kenyataan.

“Kita tahu memang kos pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Projek Paip Gas Trans Sabah adalah sangat tinggi tetapi kita tidak tahu sama ada betul-betul ada syarat lain di sebalik perjanjian projek berkenaan.

“Saya berminat untuk mendapatkan minit (mesyuarat) yang didakwa diperolehi oleh Wall Street Journal itu,” katanya semasa sidang media selepas menyerahkan peruntukan sebanyak RM25 juta kepada sekolah-sekolah pondok di seluruh Malaysia di sini hari ini.

Hari ini, Wall Street Journal (WSJ) dalam satu artikel bertajuk China pernah tawarkan bantuan selamatkan 1MDB mendedahkan perkara itu berkata, ia berdasarkan kepada beberapa minit mesyuarat yang dikajinya.

Dalam minit-minit mesyuarat berkenaan, pegawai-pegawai China pernah memberitahu wakil-wakil Malaysia bahawa negara itu akan menggunakan pengaruhnya untuk meminta Amerika Syarikat dan beberapa negara lain menggugurkan pertuduhan terhadap Datuk Seri Najib Razak dan rampasan barangan milik 1MDB.

Malah, Beijing turut menawarkan untuk mengintip kediaman dan pejabat wartawan-wartawan media itu yang terlibat dengan siasatan 1MDB di Hong Kong, bagi mengetahui dalang yang membocorkan maklumat tersebut kepada mereka, menurut minit tersebut.

Sebagai balasan, WSJ berkata, Malaysia menawarkan kepentingan dalam projek landasan kereta api, projek paip minyak bagi One Belt, One Road untuk membina infrastruktur di luar negara.

Menurut WSJ lagi, dalam beberapa bulan kemudian Najib telah menandatangani projek landasan keretapi bernilai AS$34 bilion, saluran paip dan perjanjian lain dengan syarikat-syarikat negara China, yang akan dibiayai oleh bank-bank China dan dibina oleh pekerja-pekerja China. – MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2019/01/08/china-pernah-tawarkan-bantuan-selamatkan-1mdb/

 

3 Komen

  1. Najib Kleptomaniac is indeed a treason to the country. If China partake & colluded with China, let justice takes its course.

    Why should PH Government made to pay for the devious deal.

Tinggalkan Jawapan