Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah Sultan Ahmad Shah (tengah) hadir pada sidang media berhubung pengumuman pemangku Raja Pahang sebagai Sultan Pahang yang baharu di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada 12 Januari 2019. foto FAREEZ FADZIL.

KUALA LUMPUR – Di sebalik peristiwa bersejarah pertabalan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menjadi Sultan Pahang yang baharu ternyata adindanya juga mendapat perhatian ramai.

Sejak sidang media khas pertabalan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai Sultan Pahang Ke-6 kemunculan Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua’adzam berjaya mencuri perhatian netizen.

MGF12012019_PC ISTANA PAHANG_03
Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah berkenan bercakap pada sidang media diiringi Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah Sultan Ahmad Shah (kanan) berhubung pengumuman pemangku Raja Pahang sebagai Sultan Pahang yang baharu di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada 12 Januari 2019. foto FAREEZ FADZIL.

Majlis yang diadakan di Istana Abu Bakar pada Sabtu lalu itu menyaksikan putera kacak itu segak memakai baju Melayu.

Beliau merupakan anak sulung Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Muadzam Shah bersama Sultanah Kalsom.

MGF11012019_SetiausahaKerajaanPahangBaharu_15a
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memeluk isterinya Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang kelihatan sebak sambil diperhatikan Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah (dua kiri) dan Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah Sultan Ahmad Shah (kiri) selepas Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Nehgeri Pahang di Hotel Pullman Kuala Lumpur. pada 11 Januari 2019. foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM.

Tweet seorang netizen, Jebs seperti contoh yang memuji kekacakan Tengku Fahd mendapat lebih 700 retweet dan rata-rata memuji kekacakan putera raja itu.

MGF12012019_PC ISTANA PAHANG_07
Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah (tengah) berkenan untuk hadir diiringi Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Abdul Fahd Mu’adzam Shah Sultan Ahmad Shah (kiri) dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (dua kanan) pada sidang media berhubung pengumuman pemangku Raja Pahang sebagai Sultan Pahang yang baharu di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang pada 12 Januari 2019. foto FAREEZ FADZIL.

Nampak sekiranya Sultan Pahang terpilih menjadi Yang Dipertuan Agong nampaknya Tengku Fahd juga ternyata mendapat perhatian ramai.- MalaysiaGazette