Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bercakap pada Majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke 37 Tahun 2019 di Kompleks Kastam WPKL, Kelana Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 26 JANUARI 2019

KELANA JAYA – Lim Guan Eng terkejut dengan kenyataan media Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung penamatan kontrak China Communications Construction Group Ltd (CCCC) sebagai pemaju projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Menteri Kewangan itu berkata, Azmin mungkin tidak dimaklumkan tentang keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu mesyuarat Kabinet beberapa hari lepas.

Pada mulanya Guan Eng mendedahkan bahawa Menteri Hal Ehwal Ekonomi tidak maklum perkembangan terkini berhubung status projek tersebut kerana beliau tidak hadir pada mesyuarat Kabinet.

Namun beliau enggan kenyataannya itu dijadikan andaian yang tidak sihat.

“Datuk Seri Azmin tidak ada dalam mesyuarat kabinet yang terkini. Saya tidak mahu mengatakannya apa yang saya maksudkan dia tidak dimaklumkan keputusan daripada Tun.

“Itu saya pun terkejut melihat dia punya pengumuman, tapi mungkin itu kedudukannya.

“Saya tidak mahu sebut macam tu lah (Azmin tiada dalam mesyuarat Kabinet) nanti akan dikeluarkan beberapa andaian yang tidak sihat, saya hanya mahu sebut mungkin beliau tidak dimaklumkan apa hasrat Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan majlis sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-37 tahun 2019.

Pagi tadi, Azmin memaklumkan bahawa kerajaan membuat keputusan untuk menamatkan kontrak CCCC sebagai pemaju projek ECRL dan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet pada Khamis yang lalu.

Jelasnya, pembatalan itu dibuat kerana kerajaan tidak mampu menanggung kadar faedah projek tersebut hampir RM500 juta setahun.

Menegaskan akan bertindak mengikut arahan Perdana Menteri, Guan Eng dalam pada itu menambah Kementerian Kewangan dijangka mengeluarkan kenyataan pada minggu depan berhubung perkembangan terkini projek tersebut.

“Tapi walau macam mana pun saya akan bertindak atas arahan Tun. Satu pengumuman akan dibuat pada minggu depan secara rasmi,” katanya lagi tanpa mengulas lebih lanjut. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Projek ecrl adalah satu jangka panjang yg baik…kerajaan harus teruskan projek ini kerana projek ini telah dirancang begitu lama….lagipun peringkat pertama projek ini sudah siap semuanya kajian dan drawing telah pun siap dan diluluskan eia.setakat pengumuman azmin tak apa saya rasa..sedangkan projek dh jalan blh stop ini kan pengumuman.
    Kerajaan pakatan boleh kaji bali kos ecrl ini setakat ini pada pandangan saya projek ini merupakan kos paling tinggi sekali dimalaysia jika dikaji balik projek ini dlm pengamatan saya memakan belanja dlm Separuh drp harga sebenar

Tinggalkan Jawapan