KUALA LUMPUR – Penderitaan yang dialami pelawak terkenal, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 55, akibat sakit buah pinggang dan lemah jantung mendapat perhatian bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menerusi Twitter, Ahli Parlimen Pekan memuat naik foto-foto beliau berada di rumah pelawak yang lebih dikenali dengan panggilan Ebby Yus.

Najib turut menulis ciapan; “Di rumah Ebby Yus tadi. Masih ingat lagi rancangan komedi beliau. Saya doakan agar kembali sihat seperti sediakala”.

Ebby menanggung derita akibat sakit tersebut sejak setahun lalu hingga mengakibatkan dia hilang mata pencarian dalam bidang seni.

Beliau menghidap sakit buah pinggang tahap tiga dan terpaksa menjalani rawatan hemodialisis serta perlu menjaga makanan.

Bagi masalah jantungnya yang lemah dia terpaksa bergantung kepada ubat yang dibekalkan doktor. – MalaysiaGazette

http://malaysiagazette.com/blog/2019/01/18/ebby-yus-menderita-sakit-buah-pinggang-lemah-jantung/