Malaysia telah membuat bayaran kos penangguhan pelaksanaan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), kata Kementerian Pengangkutan republik itu.
Malaysia dan Singapura masih lagi berunding mengenai bayaran pampasan susulan penangguhan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah.

SINGAPURA – Malaysia telah membuat bayaran kos penangguhan pelaksanaan Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR), kata Kementerian Pengangkutan republik itu.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, jurucakap kementerian itu berkata republik tersebut telah “mendapat pengesahan daripada Kerajaan Malaysia menerusi koresponden diplomatik” mengenai pembayaran itu.

Pada 5 Sept, 2018, Singapura telah bersetuju menggantung pembinaan projek itu sehingga akhir Mei, 2020.

Susulan permohonan Malaysia itu, kerajaan telah bersetuju membayar kos penangguhan sebanyak S$15 juta (S$1=RM3.04) kepada kerajaan Singapura sebelum 31 Jan, 2019.

Malah, pertukaran dokumen undang-undang antara kedua-dua negara telah dibuat di Putrajaya membabitkan perubahan Perjanjian Dua Hala HSR berkenaan.

Perkhidmatan Ekspres HSR antara Singapura dan Kuala Lumpur dijadual bermula menjelang 1 Jan, 2031 berbanding tarikh awal pada 31 Dis, 2026.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan