Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat berkata pasangan itu, Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar, 35, dan Norwahidah Abdul Hamid, 28, merancang bernikah pada Jumaat ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang pembantu rumah bot bertindak mengelar tangannya sebelum melarikan diri ke dalam hutan di kawasan air terjun Sungai Lasir, Tasik Kenyir, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Mohd. Adli Mat Daud berkata kelakuan ganjil lelaki berusia 22 tahun itu berlaku kira-kira pukul 4.00 petang semalam ketika rumah bot itu berhenti di kawasan rekreasi itu.

Sehingga kini lelaki yang berasal dari Kampung Temir, Kuala Berang itu belum dijumpai meskipun usaha mencari dilakukan oleh rakan-rakannya sejak semalam.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa oleh pihak berkuasa bermula pagi ini dengan penglibatan 23 pegawai dan anggota iaitu polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Marin Tasik Kenyir di samping empat bot,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maklumat awal mendapati mangsa mempunyai masalah berkaitan dadah dan berselisih faham dengan isteri yang dipercayai mendorong beliau berkelakuan seperti itu.

— BERNAMA