TERKINI : PRK DUN Semenyih – Akar Umbi Sedikit Kecewa PKR Tak Bertanding

Keputusan untuk mengekalkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih sudah tentu menimbulkan sedikit mengecewakan akar umbi PKR.

Namun keputusan yang telah ditetapkan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan itu kata Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor, Amirudin Sharitidak akan mematahkan semangat muafakat gabungan itu untuk saling bekerjasama semasa berkempen nanti.

“Secara asasnya kita harus memegang prinsip muafakat di dalam PH.

Dan itu yang saya sampaikan daripada awal walaupun ada permintaan dan sebagainya apa pun kita kena kembalikan kepada Majlis Presiden PH bila mereka telah membuat keputusan untuk menyerahkan meneruskan legasi Semenyih kepada Bersatu, kita akan bekerja keras untuk memastikan kemenangan.

“Dalam pilihan raya lepas pun ia di bawah Bersatu, saya rasa bukanlah kecewa sangat mungkin mereka menyampaikan pandangan mereka dan pandangan itu dinilai dengan sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita.