Hasni menjadikan Pertubuhan Komuniti B4U sebagai platform membantu masyarakat yang memerlukan kemakmuran hidup.

KUALA LUMPUR – B4U Exc (M) Sdn. Bhd. (B4U) iaitu syarikat bumiputera yang terlibat dalam perniagaan berasaskan aset digital telah memperkenalkan mesin juruwang automatik (ATM) bitcoin sejak enam bulan lalu.

Pengasas Bersama B4U, Hasni Andy Cinta berkata, pengenalan mesin itu yang terletak di Taman Melawati di sini mendapat sambutan yang menggalakan dalam usaha  memudahkan para pengguna menjual dan membeli aset digital di Malaysia.

Menurutnya, pihak telah melabur sebanyak RM50,000 untuk membawa teknologi mesin tersebut ke negara ini sebelum merancang mengeluarkan ATM sendiri pada suku ketiga tahun ini.

Jelas beliau, pembayaran digital kini mejadi fenomena di seluruh dunia dan semua kerajaan semakin tertumpu untuk mendigitalkan pembayaran bagi mewujudkan kecekapan yang lebih besar pada ekonomi domestik.

“Pembayaran mudah alih dan dompet digital bukan sahaja mudah tetapi membantu meningkatkan pengalaman pembayaran serta menawarkan perkhidmatan penyimpanan aset digital.

“Ledakan pembayaran digital didorong oleh pertumbuhan e-dagang dan penerimaan kos rendah.

“Keterlihatan mudah alih iaitu QR atau tindak balas pantas ini telah menjadi pemangkin yang kuat bagi pembayaran berasaskan kod yang memudahkan pembayaran secara global,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

8J0A1930
Hasni Andy Cinta

B4U merupakan syarikat yang berdaftar sebagai Exchanger Digital Currencies di bawah Bank Negara Malaysia (BNM).

Mengulas lanjut, Hasni menambah pihaknya mahu mengembangkan pengetahuan masyarakat negara ini mengenai industri blockchain dan tidak tertumpu kepada hanya satu matawang digital popular iaitu bitcoin.

Menurutnya, kefahaman rakyat tempatan terhadap bitcoin dan aset digital yang lain masih sangat cetek kerana mungkin mereka bimbang serta trauma terhadap isu penipuan bernilai jutaan ringgit berkaitan dengan pelaburan dalam mata wang bitcoin sebelum ini.

Ujarnya ketika kini, Dompet Digital telah memgambil bahagian pada hari ini dan akhirnya dapat menguasai ekosistem perbankan yang dihadapi oleh pelanggan di seluruh dunia.

“B4U juga tidak mahu ketinggalan dengan teknologi ini yang bertemakan Secured, Convenient and Easy Exchange untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan penyimpanan, jual dan beli matawang kripto seperti Bitcoin, BitcoinCash, Ethereum, Dash dan Litecoin.

“Pengguna juga boleh menyimpan asset kripto dengan mudah dan selamat di B4U Wallet, disamping itu juga, pertukaran asset kripto didalam B4U Wallet mampu dilaksanakan dengan mudah dan pantas,” katanya.

8J0A1919
ATM bitcoin mendapat sambutan menggalakan di kalangan masyarakat.

Hasni turut mengulas mengenai matawang kripto yang diletakkan di bawah selian Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Tegasnya, langkah itu telah meningkatkan keyakinan pengguna terhadap penggunaan matawang kripto di Malaysia.”

“Sejajar dengan kenyataan Menteri Kewangan dan Suruhanjaya Sekuriti, B4U akan berdaftar sebagai Recogniesd Market Operator (RMO) di bawah seliaan SC,” katanya. – MalaysiaGazette