Foto Agensi

MANCHESTER = Manchester United  berdepan tugas sukar selepas tewas 0-2 kepada Paris Saint-Germain (PSG)pada aksi pertama 16 terakhir Liga Juara-Juara, awal pagi tadi.

Pengurus sementara, Ole Solskjaer akhirnya tewas buat kali pertama dalam 12 perlawanan apabila jaringan Presnel Kimpembe dan Kylian Mbappe pada separuh masa kedua mengecewakan tuan rumah di Old Trafford.

Bertambah malang, bintang United dan Perancis Paul Pogba turut dibuang pada minit-minit terakhir, menyebabkannya tidak dapat beraksi pada aksi kedua di Paris bulan depan.

Solskjaer melalui detik indah sebelum apabila berjaya membangkitkan semangat dalam kalangan pemain dan peminat United sejak menggantikan Jose Mourinho yang dipecat pada Disember.

Namun pagi tadi, United, yang hanya melakukan satu percubaan tepat dalam aksi penuh longlai dan menampilkan kualiti yang jauh ketinggalan berbanding pasukan serperti juara Perancis.

Malah kecederaan Jesse Lingard dan Anthony Martial tidak membantu aksi United dan Solskjaer mengakui kehilangan kedua-dua pemain itu satu tamparan hebat buatnya. – MalaysiaGazette