KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor mengesa Majlis Agama Islam Negeri Johor memantau dan mengambil tindakan kepada sesiapa yang menggunakan masjid demi kepentingan politik.

Menurut Tunku Ismail Sultan Ibrahim, tidak pernah berlaku di Johor orang memberi ceramah politik di dalam masjid.

“Hormat tradisi Johor,” katanya menerusi Twitter.

Kenyataan itu dibuat selepas beliau menerima aduan daripada Captain Tsubasa@Ap4178.

Netizen itu telah berkongsi luahan daripada Twitter Ops Johor yang mendakwa Datuk Salahuddin Ayub berceramah politik ketika khutubah Jumaat.

Katanya, belum pernah dalam sejarah orang nak solat Jumaat, menteri datang masjid beri ceramah ketika masuk waktu khatib sampaikan khutbah.

Kejadian itu berlaku di Masjid Kolam Air, Johor Bahru.

Tunku Mahkota Johor memberi respons terhadap aduan oleh Captain Tsubasa dengan bertanya tentang kejadian tersebut. – MalaysiaGazette