Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah menolak tawaran pengantaraan AirAsia dalam satu surat yang dihantar oleh peguam pengendali lapangan terbang itu. 

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan bahagian kejuruteraan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sedang menjalani pembedahan selepas terlibat dalam kemalangan dengan pesawat persendirian awal pagi tadi.

Nahas yang berlaku di Lapangan Terbang Subang itu menyebabkan mangsa cedera parah.

Kejadian itu disahkan berlaku kira-kira pukul 3.20 pagi tadi membabitkan sebuah pesawat persendirian dengan kenderaan kejuruteraan lapangan terbang.

MalaysiaGazette difahamkan nahas itu membabitkan sebuah pesawat asing.

“Dukacita dimaklumkan bahawa pemandu kami yang juga pemandu kenderaan itu mengalami cedera parah. Dia kini sedang menjalani pembedahan,” kata MAHB dalam satu kenyataan di sini.

Pengendali lapangan terbang itu berkata, pihaknya akan memastikan kakitangannya itu mendapat rawatan terbaik.

Menurut kenyataan itu, para penumpang dan anak kapal pesawat itu dalam keadaan selamat.

Kejadian itu menyebabkan ketibaan beberapa penerbangan terjejas bagi proses membersihkan serpihan di landasan, akibat daripada kemalangan itu.

Operasi penerbangan bermula semula dari pukul 9 pagi.

Pada masa ini, MAHB telah membentuk pasukan penyiasat dan bekerjasama dengan Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk menyiasat punca kejadian.

Kementerian Pengangkutan juga telah mengaktifkan ‘Bahagian Siasatan Kemalangan Udara’ (BSKU) bagi menjalankan siasatan menyeluruh. – MalaysiaGazette