Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Abd Halim (tengah) bercakap kepada media selepas menghantar memorandum mengenai bantahan dan amaran terhadap kebiadapan DAP di Ibu Pejabat DAP, Jalan Yew, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 MAC 2019

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Pas Selangor memberi amaran keras kepada pemimpin DAP.

Ketuanya, Syarhan Humaizi berkata, mereka juga perlu meminta maaf kerana cuba membuat provokasi.

“Tiga kenyataan biadap dan celupar mereka (pemimpin DAP) iaitu kenyataan berhubung hasil gagasan kesatuan ummah, mereka cuba provokasi dengan isytihar perang, menyamakan dengan negara Taliban dan mengaitkan dengan pembunuhan di Christchurch New Zealand.

“Pemuda Pas Selangor beri amaran keras supaya berhenti serta merta kenyataan-kenyataan begini dan membuat permohonan maaf,” katanya selepas menghantar memorandum bantahan kepada Ibupejabat DAP di sini hari ini.

Menurut Syarhan Humaizi, ada dalam kalangan pemimpin DAP berjawatan menteri yang mengeluarkan kenyataan itu wajar meletakkan jawatan.

“Jika berterusan juga, satu himpunan besar akan dianjurkan dihadapan Pejabat DAP membantah dengan tegas kebiadapan mereka,” katanya.- MalaysiaGazette