Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir menasihati golongan pekerja di negara ini agar berasa seronok dengan kerja yang mereka buat.

Perdana Menteri berkata, budaya tersebut akan membolehkan seseorang pekerja itu akan bertahan lama di tempat kerja mereka.

Pada masa sama jelas beliau, perasaan seronok melakukan kerja juga membuatkan tidak timbul rasa penat dalam diri.

“Amal sikap rajin dan sayangi kerja kita untuk hasilkan keputusan yang baik.

“Hari ini ramai pekerja asing yang datang ke negara ini untuk buat kerja yang orang tempatan tidak minat buat.

“Akhirnya nanti negara kita akan bergantung kepada pekerja asing pada masa akan datang,” katanya.

Beliau ketika demikian pada sesi soal jawab selepas menyampaikan utama pada Perdana Leadership Foundation CEO Forum 2019 di Berjaya Times Square Hotel di sini hari ini.

Dr Mahathir menambah, budaya menentukan kejayaan seorang pekerja di sebuah negara.

Jelas beliau, sesetengah negara budaya kerja yang membawa kejayaan tidak dianugerahkan ganjaran wang.

Sebaliknya, kata beliau, ganjaran yang diperolehi adalah kepuasan pekerja dapat menyiapkan kerja mereka dengan baik. – MalaysiaGazette