Kereta yang dipercayai membawa isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor keluar dari SPRM. Rosmah dipanggil memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung projek sistem solar sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion di SuruhanJaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 09 APRIL 2019

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan SPRM, Rosmah bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 16(A)(a) Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, pagi esok.

SPRM telah menahan beliau selama lima minit sebelum dilepaskan dengan jaminan.

Beliau ketika itu hadir ke pejabat SPRM bagi melengkapkan proses siasatan akhir berkenaan kes solar pada jam 1.40 petang tadi.

Pada November tahun lalu, Rosmah didakwa atas dua pertuduhan meminta rasuah RM187.5 juta dan menerima rasuah RM1.5 juta dalam kes penyelewengan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi sekolah di Sarawak. – MalaysiaGazette